Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, September 29, 2008

I am back! =)

Alhamdulillah. I'd reached KLIA as expected, 6.30am yesterday. The journey took 12 hours and as usual, I couldn't sleep onboard at all. I spent my time by reading newspapers, playing games, and watching some movies. It was too bad because most of the movies I'd watched before. The flight was not fully seated and I felt a bit comfort as no one seated next to me. During lunch hour, the stewarders approaching me and asking me whether I am fasting or not as she needs to reserve for the meals during the break time. I told her to reserve chicken and rice but it ends up differently. I was so angry because she brought me a vegie meal! I am not asking for that. When I told her about this, she said, "I think, this is chicken with rice by looking at the "vegie ball" on my plate. My blood pressure increased already. I said to her, "could you see it carefully?" After a while, she admits that she was wrong. Few minutes later, she gave me a bad news. Chicken with rice is finished. She asked for my forgiveness and I just staring at her and straightaway eat my dinner with vegie meals. Too bad. I have no choice. Hmm. Around 6.30am, the flight landed smoothly. Upon collecting my luggage, I switch on my hp and wondering whether incoming messages will be there. No messages. Then, 15 minutes later, my 22.5 kg black buggage came out and ready to be collected from the belt conveyor. While proceeding to the arrival hall, I have been approached by my old friend. He just arrived from Germany at the same time. Actually, he did mentioned last time to me to met me at the luggage collection area. Chatted for a while, then I sped up my steps to met my wife. Yes, she was there waiting for me with my lil sis and her boyfriend. Later, we reached home and took a rest before went out to Jalan TAR for final round shopping. Hihi.

Saturday, September 27, 2008

Berakhirnya Ramadhan di Perantauan

Alhamdulillah.

Aku baru je lepas letak barang2 kat bilik membe aku.

Lama jugak aku lepak bilik dier.

3 jam kitorg borak2. Yela, dah lama tak borak panjang.

Sekarang ni aku nak pack lagi sket barang2 aku dalam beg ni.

Takde mende pon.

Tinggal laptop, charger, etc.

Sok taxi dtg kol 8 pagi.

So aku kene kuar kol 7.45 pagi. Nak check out bilik ni.

Rase macam tanak tido je malam ni.

Sok bole bantai tido dalam flight. Huhu.

Hmm. OK la.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Kepada sume yg baca blog ni. Yela, kalu ada salah dan silap, arap maafkan.

Sungguh tak sabar nak balik sok.

Flight kol 12 tengahari.

InsyaAllah sampai KLIA kol 6.30 pagi ari ahad.

OK la. Aku nak sambung keje2 mengemas.

Selamat Hari Raya!

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan-24

Salam.

I just finished packing my stuffs. Of course, I will going back on this Saturday. Huhu.

I don't bring back all of my stuff because some of them will be placed in my friend's room. I have already told my friend about it and he said no problem. I hope he won't be surprised. Hehe.

Hmm. Today is just fine. Nothing much special except the weather in the morning was too cold for me and the sky was too dark. When I reached the office around 8am, only my lead engineer was there. As usual. Hehe.

After greeting him, we discussed something on the activities that might take place today. Most of it concerning vendor packages and to discuss with the client for some issues that raised from the vendor specifications. Hmm. Then, after a while, I started my job and try to finish them all by this Friday. I hope everything will go smoothly.

When I took a break for a while and join my team member for the coffee break, we have talk about our friends that would be return from their holidays on this upcoming Monday. Oh yes, I miss to meet them. Both of them. Hihi. One of them is working in the same unit with me and she spent a month for her holidays in Malaysia. Before she left for the holidays last time, I took some times to suggest and of course to promote her some of the nice places in Malaysia especially in Penang as she had already made a reservation for a week in Penang. Then, she will climb up the Mount Kinabalu which I think is not a good timing for her as the rainy season may take place during this period.

The other friend of mine will return back from her wedding holidays. Yeah, she just got married and frankly speaking I cannot wait to meet her also. I am sure she will bring back some of the sweetest memories to be shared with us in the office. As you all know, she is the one who baked me a chocolate cake for my birthday. We, the team member of this project have already collect some money to buy a wedding gift for her. I am sure she will be happy for that.

OK, it is the time for me to supper. Tomorrow, I will have a dinner with my colleague from Malaysia and the following day, I will load some of my stuffs in my friend's room. Two days to go, and then I will fly back home!
ps : kawan aku kat sini nak baca blog aku ni...so terpaksa la...hihihi

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan-23

Alhamdulillah. Hari ni dapat aku tengok wife aku. Thanks kepada Adam kerana sudi meminjam kan 3G port nye itu. Hihi. Aku pon tak paham kenapa wife aku nye 3G tu takleh nak guna. Hmm. Aku pon bukan la pandai sgt bab2 ni. Lantak la. Yang penting hari ni aku sempat la berborak dengan wife aku. Hihi. Tengahari tadi (waktu sini) dier ada anta emel kat aku yg dier nak online arini. So, kol 4 tepat aku dah cabut dari opis. Malas nak tunggu2 lagi kang lajak sampai kol 6 plak. Lagipon keje aku pon almost done. Sok lusa dah bole settle sume. InsyaAllah. Lega sikit aku rasa. Kalu tak asyik dok pikir je pasal keje tu. Hmm.


Tengahari tadi jugak aku ada emel kat membe2 Malaysia aku kat sini. Yela, dorg sume tertanya2 apsal aku senyap je. Sejak aku sampai sini daripada cuti emergency aritu, aku tak penah jumpe dorg. Maksud aku kuar minum sama2, kuar jalan sama2, etc. Yela, kan aku dah ckp, dalam bulan Ramadhan yg mulia ni aku byk abihkan masa dalam bilik je. Maybe dorg sume tak paham kot. Dorg tau aku berposa tapi dorg taktau yg aktiviti2 “riadah” dalam bulan ni agak terhad. Memang penat kalu kuar especially sekarang ni. Aku pon taktau. Tapi cuaca kat sini dah menunjukkan tanda2 nak bermula nye winter. Walaupon sekarang ni musim luruh, tapi suhu kat luar tu sgt2 la sejuk. Pagi tadi aku check website, suhu kat sini 8 degC. Huhu. Mana la tak sejuk. Dah la berangin plak tu. Lagi membuatkan aku kesejukan. Sepatutnye berpuasa dalam kesejukan ni advantage utk org2 yg berpuasa tapi aku rasa lagi letih. Cepat sangat ngantok. Kalau aku bukak pintu balkoni kat bilik aku ni masa nak masak, dalam masa 5 minit je dah rase sejuk sampai ke tulang. Sampai wife aku pon pelik tgk aku pakai baju tebal2 dalam bilik sambil masak. Hihi. Aku terpaksa bukak pintu balkoni tu bagi fresh air masuk. Lagipon ventilation system dalam bilik aku ni tak bape elok sgt. So better aku bukak pintu tu. Sambil2 tu bole aku tgk budak2 main kat taman tu. Memang meriah petang2 kat taman tu. Aku pon pelik tgk budak2 tu main. Tak sejuk ke dorg tu. Hihi. Dalam keadaan sekarang ni, kebarangkalian aku nak mandi pon semakin menurun akhir2 ni. Walaupon ada water heater tapi kesejukan tu tetap membuatkan aku tiru style P.Ramlee je. Hihi. Bila lagi nak “ikut” style omputih kan? Kalu kat Malaysia nak buat style camtu, memang dipandang hina masyarakat setempat la kot. Hmm.

OKla, ni aku nak cite sket pasal plan aku nak berbuka posa dengan membe2 aku tu. Tengahari tadi aku anta la emel kat membe2 aku ni. Aku suggest dinner kat Hard Rock Café. Dorg sume setuju tanpa byk soal. Pastu bila aku nak buat reservation, awek Hard Rock Café tu ckp tak bole reserve kalu kurang daripada 10 orang. Adoih. Hampeh tul. Aku sure mesti ramai gile orang kalu gi waktu malam. Hmm. Tak kisah la. Tu je yang mampu aku buat. Aku plan berbuka dengan membe2 aku ni ari khamis. So, ari jumaat tu bole la aku kemas2 last round & sumbat barang2 aku dalam bilik membe aku tu. Aku arap sume nye OK la. Pening gak kepala bila tgk barang2 ni. Byk sgt. Stok2 makanan yg aku bawak dari Malaysia aritu pon ada byk lagi. Makanan je dah satu kotak besar. Hmm. Takpela. Pandai2 la aku sumbat nanti. Membe aku tu pon tak kisah aku menyemakkan bilik dier. Hihi. Hmm. OK la. Aku mau buat air milo. Best minum air panas bile sejuk2 ni.

Tuesday, September 23, 2008

Isnin yang Penuh

Adoih.

Penat tul arini.

I'm supposed to leave the office at 4 pm but then need to attend a meeting until 6pm!

Huhu.

It means I was working for 10 hours today!

Gile la.

Straight keje non-stop.

Tapi Alhamdulillah, keje aku dah nak siap. Yahooo!

Sok lusa bole la buat keje sambil lewa sket. Hihi.

Lagipon otak skrg asyik melayang pikir nak raya je.

Tadi aku dah double confirm dgn MAS officer pasal air ticket tu.

Pastu aku plan nak berbuka kat luar je ari khamis & jumaat ni.

Lagipon aku plan nak makan sama2 ngan membe2 aku dari Malaysia tu.

Since aku balik emergency aritu sampai arini, tak penah jumpe dorg.

Termasuk la jumpe membe aku dari Thailand.

Biar aku cite sket pasal membe aku ni. Dulu dier penah keje kat Malaysia sama ngan aku. Kitorg agak rapat jugak la sebab dier selalu join aku main bola & futsal. Dalam opis pon duduk dekat2. So agak rapat la. Last time dier ada emel aku pasal dier kene assigned kat Paris jugak. Best la dapat jumpe dier lagi. Actually aku penah jumpe dier sekali masa aku baru sampai Paris lepas balik dari cuti emergency aritu. Aku terserempak dgn dier kat depan hotel kitorg. Masa tu kol 8.30 pagi. Aku baru sampai hotel, dier baru nak kuar gi opis. So, sempat la borak2 kejap sambil cite sket pasal kes emergency tu. Lepas tu aku dah tak jumpe dier dah. Maklum la masing2 busy dan sekarang ni plak Ramadhan so byk masa aku abihkan dalam bilik je. Tak aktif sgt la nak hang out dgn dorg. InsyaAllah ari khamis & jumaat ni kitorg nak kuar makan. Tapi belom plan lagi nak makan kat mana. Ikut aku, makan kat McD je. Bole la aku order filet O fish. Tu je la yg bole makan pon. Hmm.

Aku rase tu je la kot nak cite.

OK la. Pastu aku dah confirm dgn membe aku yg aku nak simpan barang2 dalam bilik dier. So ari khamis or jumaat ni bole la aku start sumbat barang2 aku dalam bilik dier. Huhu. Byk jugak barang2. Baju2 sume dua beg plastik besar, brg2 dapur, toiletries, makanan, etc. Dier pon tak kisah. Hihi.

OK la. Aku mau sahur la. Arini lapar sgt. Mungkin penat kot. Hihi. OK ke alasan sebab penat? Haha. Lantak la kan. Yang penting aku nak makan. Hmm. Roti je yg ada. Bole la cicah air milo. Pastu makan coklat ngan pringles sampai abih. Malas nak simpan2 lagi. Huhu.

OK la. Salam.

Monday, September 22, 2008

Ramadhan -21

Alhamdulillah. Baru pas berbuka. Hmm. Arini aku tak ke mana2 pon. Relax2 dalam bilik je. Lagipon semalam aku keje. Sabtu pon kene keje sebab byk mende nak kene settle sebelum aku balik cuti beraya. Terpaksa la keje jugak. Aku ngan lead aku je. Berdua. Aku sebenarnye sgt2 kagum dgn lead aku tu. Dier tu seorg specialist/expert dalam projek aku ni. Even client/licensor pon tak berani nak lawan dier. Huhu. Lagi satu aku kagum sebab dier tu dah tua. Aku rase nearly 70 tahun umur dier tapi still kuat. Bukan kuat keje je, tapi kuat daya ingatan. Mmg best tul keje dengan dier. Actually, kat sini tak bole keje ari sabtu. Opis sume tutup. Takde org. Mmg lain. Tak macam Malaysia. Sabtu penuh jugak dengan org keje. Walaupon private sector. Tapi kali ni mmg aku kene keje jugak. Sebab nak cover workload masa aku cuti raya nanti. Tak sangka lagi 1 minggu aku dah nak balik bercuti. Huhu. Tapi yang pasti, next week mmg busy bangat la. Banyak mende kene submit sebelum aku bercuti. Harap2 sume OK la. Malas nak tinggal keje tak siap ni.

OK la, malas nak pikir pasal keje sekarang. Semalam pas balik keje aku terus gi beli barang2 dapur untuk minggu depan. Beli sket2 je. Pastu aku terus balik. Sampai bilik pon tak buat apa sgt. Tapi sempat la borak dengan wife aku. Dier call aku. Laptop dier dah bole ON tapi internet connection plak problem. Huhu. Macam2 masalah. Takpe la. Atleast kitorg still bole contact. Borak lama jugak. Yela, dah lama tak borak2. Pas aku masak dan berbuka, terus aku aku kemas barang2. Sekarang baru aku sedar yang barang2 aku byk kat sini. Pening gak kalu nak bawak balik sume sekali harung. Sure berat gile luggage aku nanti. So aku pikir nak bawak balik separuh brg2 aku tu. Yang lain aku tinggal sini. Memandangkan aku kene check out bilik ni, so terpaksa la aku kemas sume barang2 aku termasuk la barang2 dapur dan lain2. So semalam memang operasi mengasingkan barang2 la. Yang mana nak bawak balik dan yang mana nak tinggal sini. Barang2 yg nak tinggal sini aku pack siap2 dalam kotak. Nak simpan dalam bilik membe aku. Byk jugak barang aku nak sumbat dalam bilik dier. Arap2 dier tak kisah la. Huhu. Selesai je packing barang, aku relax jap sambil online, pastu dalam kol 2 pagi aku tido.

Pagi tadi bangun agak lewat. Lepas geram tido puas2 sebab sabtu aku keje. Huhu. Bangun2 je aku terus online. Check any updates from my wife and family. Sambil2 tu dok layan lagu raya. Hehehe. Ha, lupe plak. Aku ada attach lagu siti kat dalam blog aku ni. Aku suke lagu ni. Sebenarnye wife aku pon suke lagu ni tapi dier tak dpt nak cari lagu ni. Sekali aku dah upload dalam blog aku ni. Punye la penat dier nak cari nama lagu tu. Haha. Lagu tu sgt2 menyentuh kalbu. Huhu. Mmg sayu sgt. Meremang gak bulu roma aku dengat siti menyanyi lagu tu mendayu2. Sgt2 touching. Huhu. Pastu tengahari aku potong daging yg aku beli semalam. Senang potong awal2. Pastu, layan bola plak kat tv. Live game MU lawan Chelsea. Best game ni. Aku sokong MU. Tapi takde la fanatic gile. Tapi aku sokong MU la dari dulu lagi. Memula tengok mmg syok la sebab MU leading 1-0 seawal minit 17. Pastu lagi 10 minit nak abih game, seri plak. Hampeh tul. Tak kisah la.

Hmm. OK la. Aku malas nak type byk2 ni. Nak relax jap. Sok kene gi opis awal. Mau sahur dulu. Salam.

Thursday, September 18, 2008

Terputus Hubungan

Huhu...

Dah 2 ari aku tak dpt "tgk" & borak ngan wife aku...

Laptop dier ada problem plak...takleh nak ON plak...

Maybe sebab power supply problem kot... Arap2 pasni OK la...

Tetiba tadi dier call aku...waktu tu dier call 3.10 pagi waktu Malaysia....

Dier terjaga...terus call aku....

Biasa la...selalu nye kitorg mmg ari2 berborak...

Bila 2 ari x borak rasa lain sgt.... Rindu wooo....

OK la...mcm biasa....mau sahur....

Sok nak gi opis awal sket....byk mende nak siapkan....

OK...salam

Lagu Raya

Hmm...

Aku taktau nak buat apa skrg ni....

Ngantok dan sgt2 letih.....

Skrg ni dok layan lagu raya...huhuhu....takde keje....

Nak tido awal sgt plak...baru kol 9.20 malam...

Layan je la...

Wednesday, September 17, 2008

Letih & Penat

Fuh...lega...Alhamdulillah...baru pas berbuka ni...arini aku masak simple je...nasi goreng ikan bilis je...ayam goreng 2 ketul...telo goreng 2 biji...hmm...cukup la tu...kang tgh malam kang mcm biasa makan roti cicah air milo @ horlick....stok air 3 in 1 byk lagi...huhu...arini kat opis sgt2 byk keja...maybe sabtu ni aku kene gi keje...tadi lead aku dah tanye...bole keje sabtu ke tak...aku ckp ok je...bukan buat apa pon ari sabtu...nak jalan2 jauh sekali di bulan yg mulia ni...tak larat la...hehehe...plan nak kuar weekend ni...nak shopping sket...maklum la next weekend aku dah balik bercuti raya...hehehe...so ingat nak beli souvenir sket utk cousins...paling koman pon coklat la...huhu...tgk la camne weekend ni...kalu malas sgt, aku beli coklat kat airport je...senang cite...awal next week aku dah kene start packing barang2 & cuci baju2 kotor...sebab aku kene check out bilik ni...so kebanyakan barang2 aku ni, aku simpan kat bilik membe aku je...malas nak bawak balik sume...buat berat luggage aku je....sebab tu kene cuci sume baju2 kotor tu awal2 & then packing siap2 letak dlm bilik membe aku...hmm...so skrg maleh nak pikir sgt pasal packing2 barang ni....ni sume sebab workload aku yg menimbun2....byk nak mampos...tension tul...dah la kene submit before aku balik cuti ni....biasa la keje kan...mana ada senang je 24 jam...tapi kali ni betul2 menduga iman & tahap kesabaran aku la...sume nye disebabkan nak kejar schedule...bukan sebab team aku lambat ke ape ke...tapi byk mende yg still hold...pending...sebab tu lead aku tak ckp apa2 pasal sume tu....yg push aku & team mate aku ialah project coordinator....yg dia tau nak achieve forecasted plan tu....hampeh tul...mende yg sama gak terjadi dalam bulan2 yg lepas...ada aku cite dalam post yg lepas2...tak salah aku post "I love my job...but.."....hmm...skrg ni ada 1 priority yg aku kene settle....pastu baru bole buat mende2 lain...tapi yg tension nye, masa nak buat & fokus pada yg 1st priority ni, ada je keje2 lain nak kene buat time tu gak...huhu...arap2 minggu ni aku bole siapkan keje tu...next week nak siapkan keje2 yg lain....pastu baru lega sket nak bercuti...huhu

Tuesday, September 16, 2008

Sahur yg sedap

2 pagi

Tetiba terjaga

Yela, tadi tertido awal plak masa dok membaca sket2 pasal keja

Milo panas, pisang, donut strawberry, cukup la tu, kang takleh sambung tido plak

OK la, nak sambung tido

There will be a big job to be done today

Salam

Monday, September 15, 2008

Hah?

skrg kol 10.30 malam kat sini

kat Malaysia, dah kol 4.35 pagi bersamaan 15 Ramadhan

Aku kat sini selalu gak layan radio kat Malaysia tu guna online streaming

Yang tak tahan tu, radio dah pasang lagu raya dah

Adoi, ni yang lemah ni

=(

Ramadhan Yang Terindah =D

Alhamdulillah. Baru selesai berbuka. Petang tadi borak2 dgn wife aku sampai aku tertido. Mungkin letih sgt kot. Semalam tido lewat. Bukan buat apa sgt pon. Sian wife aku. Huhu. Sori ye sayang. Tido tak ingat. Kul 7 malam baru terjaga. Dasyat tul. Selamat kat sini berbuka lewat. So sempat la aku masak. Huhu. Penat tul. Berpuasa kat sini ngan kat Malaysia mmg sgt2 berbeza. Jauh sgt beza dier. Kat sini, of course cam takde apa2. Especially kat shopping mall ke, opis ke, mmg sama je. Lain dengan Malaysia. Kat Malaysia sgt2 mewah & happening bila time puasa. Mostly, sume yg keje kat KL akan rushing back home awal. Seawal kol 4 petang. Yela, untuk kaum2 ibu biasanya nak masak. Biasanya sebelum sampai umah, akan singgah kat param dulu. Beli kuih2 ataupon lauk2 kalu tak sempat nak masak. Param plak offer mcm2 jenis makanan. Naik juling gak mata nak beli yg mana. Nampak sume sedap. Huhu. Teringat zaman2 dulu gi param. Selalu nye aku akan beli kuih2 ngan pencuci mulut. Wajib beli. Huhu.


Tapi kat sini, aku masak cam biasa je. Nothing special. Ari2 makan lauk yg almost the same. Selamat la aku tapau ikan bilis goreng ngan keropok ikan masa balik Malaysia aritu. Nak sedap, kene start masak awal la. Kat sini masa awal2 ramadhan dulu, berbuka lebih kurang jam 8.30 malam. Mmg lambat. So sempat la aku nak masak. Tapi skrg waktu maghrib dah makin lama makin awal. Skrg berbuka lebih kurang kol 8 malam. Sempat la jugak aku nak masak sebab dalam bulan yang mulia ni, aku request kat Manager & Lead aku untuk balik awal sebab aku keje masa lunch hour. Maknanya aku bole balik seawal jam 4 petang kalu aku masuk opis kol 8 pagi. Huhu. Best tul. So takde la aku nak rush2 masak cam arini. Stok2 yang aku bawak dari Malaysia ada byk lagi. Takpe la. Bole simpan utk lepas raya. Hehe.


InsyaAllah aku akan balik raya tahun ni. Aku dah book tiket balik 27 September ni. So sempat la aku berpuasa 3 ari kat Malaysia. Hehe. Tak sabar sgt nak balik. Yela, raya kali ni sgt2 bermakna untuk aku. Raya tahun ni adalah raya pertama aku sebagai seorg suami. Hehe. Dan raya tahun ni jugak kali pertama aku beraya kat umah wife aku. Pasti banyak perbezaan dengan sambutan raya yg lepas. Wife aku pon ada cite serba sikit pasal sambutan raya kat umah dier tu. Dengar cam best je. Tengokla nanti camne ek. Hehe. Minggu lepas aku call parent aku. Sebab nak kompem dengan dorg yg aku balik 27 Sept tu. Pastu dorg cancel nak balik Penang ari Jumaat tu (26 Sept) dengan alasan nak amik aku kat KLIA. Pastu aku soh dorg balik dulu. Aku bagitau yg wife aku akan amik aku kat KLIA ahad pagi tu (28 Sept) dan kitorg akan balik Penang keesokannya. Aku soh dorg balik dulu sebab dorg dok Penang sampai raya ke-3 je. Pastu terus balik KL. Lagipon wife abang aku tak pernah gi Penang. So raya kali ni merupakan 1st visit dier ke Penang. So, kalu dorg tunggu aku sampai, mmg agak lambat la.


InsyaAllah aku sampai KLIA ari ahad kol 6.30 pagi. Sampai je, aku terus balik umah & nak cuci baju. Hehe. Banyak baju2 kotor yang akan aku bawak balik. Pas cuci tu, aku plan nak kuar jalan2 ngan wife aku. Of course kitorg nak pi Jalan Tar. Tempat wajib yg kene pegi kalu nak raya. Aku bukan nak beli apa pon. Baju melayu dah ada. Tu pon pakai baju melayu yg ditempah dan tak dipakai masa majlis kawin aku dulu kat Kajang. Haha. Sebenarnye masa majlis kawin aku kat Kajang, kitorg pakai baju songket yg ditempah kat butik mak andam tu. Kain songket kan panas, so kitorg plan la buat baju lain. Kononnye nak tukar baju la pas majlis. Pakai baju melayu tak panas sangat. Sekali kitorg tak tukar pon. Nak tau apasal? Sebabnye tak larat nak tukar. Haha. Memang penat masa majlis tu. Nak layan tetamu2 yg datang sampai tak larat nak tukar baju. Lagipon leceh nak bukak baju songket tu especially baju wife aku tu. Hehe. So, kitorg pon wat la keputusan pakai baju melayu tu waktu raya. Hehe. OK, plan pegi Jalan Tar tu sebab wife aku nak cari baju kurung. Kebetulan adik aku pon nak ikut kitorg. Dier takmo balik Penang awal2. Hehe. So, dier pon nak cari baju gak kat Jalan Tar. OK la, bole la wife aku ngan adik aku shopping sama2. Aku tolong angkat barang2 je. Hehe. Kalu berkesempatan, aku nak gi survey camera lens kat Pertama tu. Kalu OK, aku nak amik satu. Hehe. Sejak dah kawin ni, aku tak kisah sangat kalu tak beli baju raya ni. Teringat zaman kanak2 dulu. Sume mende nak baru. Pening kepala parent aku kalu nak raya. Hehe. Sekarang ni aku tak kisah. Pakai je baju yang ada. Tapi kalu wife aku belikan, aku OK je. Hehe. Yela, kadang2 org pompuan ni nak baju kaler sama la, design baru la, macam2. Hehe. Aku tak kisah sgt. OK la, tu la serba sikit plan aku ari ahad tu. mungkin kitorg akan melekat kat area Jalan Tar tu sampai berbuka kot. Tapi takde idea plak nak berbuka kat mana. Nanti la pikir balik.


Ari isnin tu kitorg akan balik Penang. Aku arap jalan tak jam la. Kalu jam memang ngantok. Tu yg lemah sket tu. Sebelum tu aku kene gi developer opis lagi sekali untuk setelkan sikit hal pasal umah kitorg tu. Pastu singgah opis aku jap. Amik tiket flight, amik kuih jem tart (dijual & dibuat oleh sorg akak dalam department aku, sgt2 sedap), jumpe Manager aku jap, isi form claims, amik payslips, etc. Dah setel sume, baru start perjalanan ke Penang. Huhu. Sungguh tak sabar.


Bila sampai je Penang, aku akan antar adik aku dulu kat umah makcik aku kat Perai. Parent aku sume tido situ. Termasuk la abang & wife abang aku. Sudah pasti kitorg kene berbuka kat umah makcik aku dulu. Jumpe sume org, borak2, baru bole balik umah wife aku. Hehe. Bile sampai umah wife aku, rest jap, kemas2 apa yg patut. Keesokannya baru operasi mengemas & membeli barang2 untuk ari raya. Biasa la, kalu nak raya mcm2 mende nak kene beli. Wife aku ckp, biasa nya dier kene gi beratur panjang nak beli santan kat pasar sampai berjam2. Huhu. Best tul. Tak sabar nak ada pengalaman raya yg baru ni.


Pastu cam biasa, cam tahun2 lepas, kitorg akan ke Carrefour untuk beli barang2. Sebelum kitorg kawin, aku akan beraya kat Penang jugak. Kat umah makcik aku tu. So, bila aku sampai umah makcik aku tu, wife aku ni akan dtg amik aku gi Carrefour sama2. Hehe. Skrg ni dah kawin mesti lagi best. Mungkin byk mende aku kene tolong. Yela, dier pon takleh wat keje berat2 sgt. Hehe. Mesti happening punye la. Dan yg pasti, aku plan nak buka posa sama2 dengan family aku dgn family wife aku kat luar. Mungkin ari puasa yg last kot. Before ni kitorg pernah buka posa sama2 kat Hotel Sunway kat Bandar Sunway Penang & kat restoran nasi padang. Huhu. Restoran nasi padang tu memang feveret aku la. Lauk2 nye sgt sedap. Mungkin aku akan plan berbuka posa sama2 kat situ. Tgk la camne nanti. Hehe. OK, la. Aku mau sahur la. Memang normal untuk aku sahur awal. Nak bangun awal pagi malas nak mampos. Kalu bangun pon just minum air je. Tak selera nak makan sgt. OK, salam.

Sunday, September 14, 2008

Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah. Arini ari ke 14 puasa. Aku sempat puasa 1 ari kat Malaysia dan lepas berbuka kat restoran “The Village View” kat Bangi, aku terus bertolak ke KLIA bersama2 wife aku, family aku & mertua aku. Restoran ni agak terpencil sket tapi environement dier sgt2 best. Petang tu adik aku gi booking kat restoran tu. Untuk 9 orang. Masa kitorg sampai situ, dalam kol 7 malam, mmg penuh ngan orang. Aku pon agak terkejut sebab tempat tu dah la terpencil, tapi ramai gile org. adik aku book 1 tempat yang best utk kitorg. Tempat tu bebetul atas kolam ikan. So, masa berbuka tu mmg syok la sebab dengar bunyi air terjun buatan.

OK la, sekarang aku nak cite sket pasal kesinambungan daripada post kat bawah ni. Dalam perjalanan dari JB ke Penang, kitorg singgah kat KL jap. First kitorg pegi opis developer. Nak settle something pasal umah kitorg. Pastu pegi opis aku plak. Sebab nak amik tiket flight balik ke Paris & bayar. Sebenarnye opis aku kat KL ni ada travel agent sendiri. So kalu nak book @ beli tiket flight, just thru dorg je. Sampai je opis, aku terus gi travel agent nye opis. Bayar sume, pastu aku gi jumpe kawan2 jap. Pastu terus sambung perjalanan ke Penang. Masa tu jalan OK. Tak byk keta. Cuaca pon OK. Lega sgt. Sampai kat restoran jejantas Sungai Buloh, kitorg lunch kat situ. Sedap jugak makan kat restoran tu. Aku makan ikan keli sambal ngan tempe goreng. Huhu. Pastu sambung perjalanan. Sampai je kat Penang, satu pengalaman baru telah aku hadapi. Satu suasana meriah pilihanraya kecil permatang pauh yang pada aku satu pilihan raya yg sgt penting untuk DSAI untuk meneruskan perjuangan rakyat. Sedia maklum, permatang pauh mmg kubu kuat DSAI. So, sejak dari highway utara selatan lagi (kat seberang jaya) dah Nampak byk gile poster2 dan bendera2 kedua2 parti. Sebelum kitorg sampai penang, awal2 lagi bapak mertua aku call kitorg soh ikut jalan lain sebab jalan yg selalu kitorg guna tu sgt2 sesak. Rata2 aku tengok semua kenderaan ada tampal poster.

Sampai je kat area umah wife aku tu, aku bebetul kagum dengan semangat penyokong2 kedua2 parti ni. Walaupon cuaca time tu tak berapa bagus, hujan renyai2, tapi dorg selamba je berkempen dalam hujan tu. Kiri kanan jalan penuh dengan jentera2 manusia yg dahagakan undi rakyat. Kedengaran jugak perang mulut antara kedua2 parti di kiri dan kanan jalan. Masing2 mempunyai misi dan impian tersendiri. Memang syok betul. Kelihatan jugak pak pacak (inspector sahab) yang kononnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Masa aku lalu tu, takde kejadian tak diingini berlaku. Sebelum sampai kat umah wife aku tu, kitorg stop kat kedai jap. Mak mertua nak beli barang2 nak masak malam tu. Aku plak amik kesempatan untuk keluar kereta dan tengok2 keadaan sekeliling yg penuh dgn org. Kat area kedai tu ada satu bilik gerakan kerajaan. Aku tengok2 jela. Hehe. Pastu aku ternampak satu gerai jual burger. Time tu aku mmg lapar gile babeng. Terus aku order burger ayam special. Harga satu RM3.50! Gile babeng tul. Aku terkejut gak la. Takkan la sebab harga minyak naik kot. Tapi takpela. Bila melihatkan semangat adik ni berniaga, aku tak byk soal la. Lagipon burger tu sgt sedap. Huhu.

Sampai je kat umah, aku angkat barang2 sume masuk bilik. Pastu terus gi mandi. Baru lega sket. Sejam pastu kitorg makan malam. Agak lewat time tu. Masa tu bapa mertua baru balik. Join kitorg makan sekali. Mak mertua masak ikan terubuk bakar dengan sambal tempoyak. Huhu. Sedap nak mampos. Burger awal2 lagi dah abih. Skrg makan nasi plak. Huhu. Dasyat tul aku melahap time tu. Pastu relax jap. Minum kopi sambil baca suratkhabar. Pastu tido.

Hari pilihan raya kecil permatang pauh telah tiba. Mak & bapak mertua awal2 pagi lagi dah takda kat umah. Aku plak bangun lewat. Lepas geram tido puas2. Yela, selama ni aku tido kat spital. Tapi 2 malam aku tak tido. Susah nak tido sambil duduk ni. OK la, masa pilihan raya ni kitorg tak gi mana2. Lagipon jalan sure sesak punye. Tapi aku kene gi farmasi nak beli ubat gigi. Masa tu memang tak hengat. Sesak gile dengan orang di kiri kanan jalan menghala ke pekan Penanti walaupon waktu tu hujan renyai2. Masa tu baru aku Nampak betul2 kemeriahan pilihanraya. Sepanjang2 jalan penuh dengan poster dan bendera dan penyokong2 parti kedua2 belah pihak. Huhu.

Wife aku sebenarnye tak bole byk jalan sgt. Maklum la kene pantang. Orang2 tua kata pantang orang yg gugur ni lebih banyak daripada orang yg bersalin normal ni. Sebab tu kitorg byk spend masa kat umah je. Mengurut pon tak bole sekarang. Lepas tempoh tertentu baru bole urut. Pada aku tak salah kalu guna dua2 cara. Cara modern ngan cara kampong. Tapi hari rabu (hari ke-3 aku kat Penang), kitorg plan nak gi Bandar Sunway. Sebab nak bayar bil telephone kat D*G* center. Disebabkan aku selalu call Malaysia guna handphone dari France baru2 ni, so cepat je dah lebih maximum limit. Setel bayar sume, aku plan nak makan rojak buah kegemaran mak aku. Yela, mak aku kan orang penang. Kalu kitorg balik penang, mesti singgah makan rojak buah kat situ. Kuah dier sgt sedap. Cousin aku panggil tempat tu rojak tonggek sebab kite kene celup buah2 yg dicucuk kat lidi tu dalam bekas kuah tu. So kene tonggek sket la sebab takot kene baju. Haha. Macam2. Tapi memang sedap. Ada buah mangga, jambu, jambu air, sengkuang, nenas, dan mcm2 lagi la. Yang paling best ada sotong. Huhu. Memang peberet aku la. Aku tapau je dan plan makan rojak tu kat Mengkuang Dam.

Sampai je kat Mengkuang Dam, hujai renyai2. Adeh, potong stim tol. Tapi kitorg tetap kuar jalan2 duduk tepi tasik tu. Tempat ni mmg cantik. Sangat2 cantik. Tenang dan segar sgt. Sebenarnye tempat ni dikhaskan untuk rekreasi especially jogging la. Masa tu mula la teringat kenangan2 fotografi kat situ. Sebab masa aku kawin dulu, kitorg ada amik gamba kat sini. Gamba tu dah siap tapi foto album tu blom amik lagi kat photographer tu. InsyaAllah balik raya nanti aku ngan wife aku nak pi amik. Tak sabar nak tengok. Hehe. Masa kitorg lepak2 kat Mengkuang Dam tu, tak ramai org dah. Yela, dah nak kol 7 malam. Lagipon hujan renyai2. Ada gak org2 tua jogging kat situ. Sume dah nak balik dah. Aku plak tengah melayan rojak sorg2. Wife aku tak bole makan. Hehehe. Kol 7 malam kitorg balik umah.

Keesokan ari nye (ari khamis), pas makan lunch yang sedap dimasak mak mertua, aku & wife plan nak gi Jusco baru kat Perda tu. Memang best. Besar nak mampos. Ala2 Jusco kat Tebrau tu. Aku ingat kecik je. Masa sampai situ, aku agak terkejut la sebab tengok byk gile kete parking sampai tepi jalan. Semangat tul org penang no. Haha. Pastu aku pusing2 cari parking pastu terus turun kat basement. Banyak plak parking bawah tu. Mungkin orang taktau kot. Hehe. Lepas pusing2 dalam jusco tu, tetiba mak mertua call. Dorg pon nak gi situ jugak. Hehe. Pas jalan2 dalam tu, terjumpa kawan wife aku. Dier dengan husband dier. Sempat la borak2. Beberapa jam pastu, mertua sampai. Pusing2 lagi sampai penat, akhirnye kitorg balik. Sebelum sampai umah, kitorg singgah pasar malam kat area2 umah wife aku tu. Aku tapau popia goreng, apam balik ngan pasembur. Huhu. Layan.

Hari Jumaat, mcm biasa la pi semayang Jumaat. Aku ingat aku kene gi sorg2. Last minute call, bapak mertua aku pon nak pi sekali semayang kat taman tu. Kitorg gi la sekali. Balik semayang jumaat, terus bapak mertua ajak gi Gurney Plaza. Ada camera fair. Hehe. Bapak mertua pon minat jugak photography ni. Memandangkan aku dah ada camera DSLR ni, bapak mertua aku tu nak mintak pandangan aku. Dier pon suka photography jugak tapi blom plan lagi nak beli yang mana. Hehe. Berjam2 jugak la aku spend masa kat Gurney Plaza hall tu kat camera fair. Wife aku ngan mak mertua gi jalan2 tempat lain. Pastu aku call wife aku. Aku nak jalan2 dengan dier plak. Lagipon wife aku soh aku beli baju raya siap2. Hehe. Macam kanak2 plak. Aku beli 2 helai t-shirt je. Malas sebenarnye nak beli baju2 ni sebab almari kat umah aku tu pon dah tak muat. Lagipon nak save duit sket nak beli lens baru. Hehe. InsyaAllah nak amik masa aku balik raya nanti.

Sabtu pagi, kitorg dah siap2 nak bertolak ke KL. Sebelum tu kitorg ke Kulim dulu sebab gi beli ubat2 untuk wife aku kat kedai gamat healin tu. Pas beli macam2 kat farmasi tu, terus kitorg lunch kat area situ. Sedap jugak lauk2 situ. Ala2 kampung. Pastu, bermula la perjalanan ke KL.
Sampai je kat KL, kitorg singgah Midvalley Megamall. Hehe. Sempat lagi tu. Saja pusing2. Pastu sempat la aku beli lagi sehelai baju untuk raya. Hehe. Tak banyak mende sgt nak cite kat Midvalley ni. Pastu, terus balik ke umah parent aku kat Kajang. Relax jap, terus makan malam. Mak aku masak special malam tu. Sedap gile. Ni pon dah buat aku terliur. Huhu. Malam tu byk berborak sambil tengok bola. Liverpool lawan ape ntah. Aku pon tak ingat. Aku plak dah mula pack barang2. Esok dah nak balik Paris (11.30 malam) dan esok jugak la 1st puasa kat Malaysia. Huhu.

Ada hikmahnya =)

Alhamdulillah. Dah 13 hari puasa. Dah sebulan jugak aku tak update blog ni. Sebenarnye bukan aku tanak update tapi aku bebetul takde masa. Dalam tempoh ni jugak macam2 peristiwa yg dah berlaku. Suka, duka. Hmm. OK la. Sekembali nya aku dari Etretat, satu day trip yang pada aku sgt menarik, aku dikejutkan satu berita daripada wife aku di Malaysia. Subhanallah. Sungguh kuat ujian Allah kali ni. Wife aku call aku. Waktu tu dier kat hospital sultanah aminah. Masa aku jawab call dier tu, aku baru nak start keje. Waktu tu pagi kat sini. Aku dah rase lain macam. Sukar aku nak percaya tapi aku redha dgn ketentuanNya. Mungkin semua ni ada hikmahnya. Dia lebih sayangkan bakal baby kitorg.


Masa aku dengar berita tu, aku bebetul sedih dan semestinya lebih sedih & berat untuk wife aku nak handle & terima semua ni. Lebih2 lagi dier sorg kat jb. Dier bagitau aku yg dier kene masuk wad keesokan hari nya. Masa tu aku dah kat luar opis. Kat tepi lift. Aku borak dengan wife aku untuk bagi dier semangat. Lepas tu, aku call parent dier yang kebetulan sangat busy dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Memang riuh masa aku borak dengan bapa mertua aku tu. Akhirnya, aku sampaikan berita tu dan pada masa yang sama jugak, bapa & mak mertua aku tu drive ke jb. Lepas tu, aku call parent aku plak. Tapi mak ayah aku takde umah. Call handphone, takde org angkat. Pastu aku call abang aku. Akhirnya, dapat. Sampaikan berita ni kat dia, pastu aku soh mak & ayah aku gi jb tengokkan wife aku tu. Pas borak dengan abang aku, aku terus masuk opis. Mmg aku takleh nak buat keje time tu. Sedih & sgt terkejut dengan dugaan yg tak seberapa ni.


Lepas pikir byk kali, akhirnya aku buat keputusan utk balik ke Malaysia. Kebetulan pulak time tu peak season. Tiket mungkin takde. Kalu ade pon mesti dengan rate yg gile babeng mahal. Aku takda pilihan. Memula aku pikir nak beli tiket kat travel desk kat opis aku tu. Senang sket. Takyah aku nak gi Paris cari airlines opis. Pastu, aku baru teringat yg travel desk tu hanya buka lepas kol 2 petang. Agak lewat pada aku. Aku plak jenis takleh nak sabar. Pastu terus aku kuar opis menuju ke MAS opis kat Paris. Before tu sempat gak aku tgk kat google maps pasal lokasi baru MAS opis ni. Disebabkan tergesa2 aku tak print map tu. Tapi aku dah call MAS officer tu. Dia bagitau lokasi & alamat opis baru MAS tu. Aku ingat station mana nak berenti. Sampai situ aku mula pening. Tak jumpa. Masa tengah tercari2 tu, tetiba wife aku call. Dia kata takyah susah2 balik. Aku tau dia mmg camtu. Tak suka nyusahkan orang. Tapi aku yg buat keputusan nak balik. Pastu wife aku suggest naik Singapore Airlines. Dekat sket ngan jb. Lagipon, abang aku sms aku, dia bagitau yg mak & ayah aku sume (termasuk abg, adik n wife abg aku) nak pegi jb malam tu jugak. So takde sapa nak amik aku kat KLIA. Then, aku terus cancel plan naik MAS. Aku call wife aku soh search Singapore Airlines opis kat Paris ni. Pastu dier sms aku. Dari alamat tu, aku cari sendiri.


Alhamdulillah. Aku jumpa. Sampai je kat sana aku terus beli tiket. Memula aku plan nak beli two-way tiket. Pastu pikir2 balik, aku pon tak kompem nak balik bile, so aku beli one-way je. Dah booking sume, masa nak bayar, aku terlupa bawak cash. Ya Allah. Ada cash tapi tak cukup. Nak guna credit card, tak bole plak. Aku pon taktau nape. Time tu aku mmg nak mengamuk je. Pastu Singapore Airlines tu bagitau, aku kene book tiket tu before kol 3 petang kalu aku amik flight malam tu. Aku mmg plan nak naik flight malam tu jugak. Sebab wife aku masok wad esok. Pastu, aku terus balik bilik aku amik duit & datang balik ke Singapore Airlines opis tu. Akhirnye, berjaya jugak beli. Pastu, aku rush balik ke opis. Setel sume keje yg perlu utk minggu tu. Antar emel kat lead & manager aku yg aku amik emergency leave.


Pastu dalam kol 4 petang aku terus blah. Sampai bilik, packing serba sikit, mandi, terus aku kuar. Flight kol 10 malam. Tapi kene check-in kol 7 malam. Awal gile. Disebabkan faktor kewangan, aku naik train je ke airport. Amik masa 1 jam jugak la. Sampai airport, check-in sume, aku gi makan mcd. Lapa nak mampos time tu sbb tak makan sejak pagi. Kol 10 malam, flight berlepas. Kol 4.30 petang waktu Malasyia keesokannya, aku sampai Changi Airport, Singapore. Seperti yg dirancang, ada org akan amik aku kat airport tu & bawak aku terus ke hospital. Traffic kat woodlands cam biasa la. Cam haram. Ramai gile makhluk. Nak dekat sejam jugak la dari airport ke jb.


Sampai je hospital, aku dah nampak family aku tunggu. Termasuk mak & bapak mertua aku & mak bapak kak suhana (wife abang aku). Pastu aku terus gi masuk wad sebab waktu melawat sampai kol 7 malam je. Sampai je kat wad, aku tgk wife aku pakai baju hijau yg pesakit pakai dalam hospital tu. Aku happy sebab dapat jumpe wife aku time tu. Dier kata doctor blom check lagi. Sok baru buat 1st treatment tu. Dipendekkan cite, lepas beberapa treatment, akhirnye baby tu selamat dikeluarkan.





Alhamdulillah. Wife aku pon takde apa2. Tapi wife aku cakap proses pengguguran tu sgt2 menyakitkan. Yela, dah nak paksa baby tu keluar. Pastu doktor kene pastikan takde uri atau apa2 tertinggal dlm perut wife aku tu. Kalu tak bole memudaratkan wife aku. Apa2 pon, aku sgt2 kagum dengan ketabahan & kekuatan wife aku tu. Walaupon dier sakit & nangis, tapi aku tau yang dier sgt2 kuat untuk hadapi sume ni. Alhamdulillah. Lepas tu aku kene uruskan jenazah. Kene gi tuntut di bilik mayat. Mandikan mayat & akhir sekali kebumikan mayat kat tanah perkuburan sebelah hospital tu. Time tu mmg sedih. Comel je kain kapan tu. Lebih kurang 30 cm panjang. Masa mandikan & kebumikan mayat tu, mak & ayah aku ikut sekali. Sempat la aku amik gamba kubur baby aku tu. Senang nak ingat.




Akhirnye, ari Ahad petang, wife aku bole kuar spital & keesokannye jugak, aku bersama mak mertua aku bawak balik wife aku. Aku kene drive from jb to penang. Non-stop. Bapak mertua aku dah balik penang awal lagi naik flight. Maklum la busy dengan pilihan raya. Mak bapak aku plak dah balik masa ari ketiga kat jb. Dorg balik naik bus je. Sempat la aku anta diorg kat Larkin. Abang aku, adik aku, kak suhana & parent kak suhana dah balik masa hari aku sampai hospital tu. Ari rabu. Ape pon, terimakasih & tahniah kepada kakitangan hospital sulatanah aminah yang memahami & bertimbangrasa. Walaupon dah lebih 5 kali aku kene halau ngan mak guard tu. Hehe. Yela, dah nama pon wad org bersalin. Sume pompuan. Huhuhu. Kitorg bertolak dari jb agak awal pagi. Jalan time tu clear. Takde masalah. Ngantok jugak la masa drive tu sbb aku sorg2 je yg terbeliak biji mata. Wife aku & mak mertua tido. Hehehe. Alhamdulillah, sume nye ok. Dalam kol 9 malam sampai umah dier. Masa dah nak sampai penang, bapak mertua call, soh ikut jalan lain sebab skrg ni tgh sesak dgn org. Maklumla demam pilihanraya permatang pauh. Memang area umah wife aku pon. Huhu. suasananya sgt meriah. Kelaka pon ada gak biler tgk mcm2 gelagat penyokong kat kiri kanan jalan. Masing2 perang mulut. Lawak gile. Haha. Hmm. Ni la serba sikit diari aku last 3 weeks. Nanti aku update lagi. Mau sahur la.