Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, September 14, 2008

Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah. Arini ari ke 14 puasa. Aku sempat puasa 1 ari kat Malaysia dan lepas berbuka kat restoran “The Village View” kat Bangi, aku terus bertolak ke KLIA bersama2 wife aku, family aku & mertua aku. Restoran ni agak terpencil sket tapi environement dier sgt2 best. Petang tu adik aku gi booking kat restoran tu. Untuk 9 orang. Masa kitorg sampai situ, dalam kol 7 malam, mmg penuh ngan orang. Aku pon agak terkejut sebab tempat tu dah la terpencil, tapi ramai gile org. adik aku book 1 tempat yang best utk kitorg. Tempat tu bebetul atas kolam ikan. So, masa berbuka tu mmg syok la sebab dengar bunyi air terjun buatan.

OK la, sekarang aku nak cite sket pasal kesinambungan daripada post kat bawah ni. Dalam perjalanan dari JB ke Penang, kitorg singgah kat KL jap. First kitorg pegi opis developer. Nak settle something pasal umah kitorg. Pastu pegi opis aku plak. Sebab nak amik tiket flight balik ke Paris & bayar. Sebenarnye opis aku kat KL ni ada travel agent sendiri. So kalu nak book @ beli tiket flight, just thru dorg je. Sampai je opis, aku terus gi travel agent nye opis. Bayar sume, pastu aku gi jumpe kawan2 jap. Pastu terus sambung perjalanan ke Penang. Masa tu jalan OK. Tak byk keta. Cuaca pon OK. Lega sgt. Sampai kat restoran jejantas Sungai Buloh, kitorg lunch kat situ. Sedap jugak makan kat restoran tu. Aku makan ikan keli sambal ngan tempe goreng. Huhu. Pastu sambung perjalanan. Sampai je kat Penang, satu pengalaman baru telah aku hadapi. Satu suasana meriah pilihanraya kecil permatang pauh yang pada aku satu pilihan raya yg sgt penting untuk DSAI untuk meneruskan perjuangan rakyat. Sedia maklum, permatang pauh mmg kubu kuat DSAI. So, sejak dari highway utara selatan lagi (kat seberang jaya) dah Nampak byk gile poster2 dan bendera2 kedua2 parti. Sebelum kitorg sampai penang, awal2 lagi bapak mertua aku call kitorg soh ikut jalan lain sebab jalan yg selalu kitorg guna tu sgt2 sesak. Rata2 aku tengok semua kenderaan ada tampal poster.

Sampai je kat area umah wife aku tu, aku bebetul kagum dengan semangat penyokong2 kedua2 parti ni. Walaupon cuaca time tu tak berapa bagus, hujan renyai2, tapi dorg selamba je berkempen dalam hujan tu. Kiri kanan jalan penuh dengan jentera2 manusia yg dahagakan undi rakyat. Kedengaran jugak perang mulut antara kedua2 parti di kiri dan kanan jalan. Masing2 mempunyai misi dan impian tersendiri. Memang syok betul. Kelihatan jugak pak pacak (inspector sahab) yang kononnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Masa aku lalu tu, takde kejadian tak diingini berlaku. Sebelum sampai kat umah wife aku tu, kitorg stop kat kedai jap. Mak mertua nak beli barang2 nak masak malam tu. Aku plak amik kesempatan untuk keluar kereta dan tengok2 keadaan sekeliling yg penuh dgn org. Kat area kedai tu ada satu bilik gerakan kerajaan. Aku tengok2 jela. Hehe. Pastu aku ternampak satu gerai jual burger. Time tu aku mmg lapar gile babeng. Terus aku order burger ayam special. Harga satu RM3.50! Gile babeng tul. Aku terkejut gak la. Takkan la sebab harga minyak naik kot. Tapi takpela. Bila melihatkan semangat adik ni berniaga, aku tak byk soal la. Lagipon burger tu sgt sedap. Huhu.

Sampai je kat umah, aku angkat barang2 sume masuk bilik. Pastu terus gi mandi. Baru lega sket. Sejam pastu kitorg makan malam. Agak lewat time tu. Masa tu bapa mertua baru balik. Join kitorg makan sekali. Mak mertua masak ikan terubuk bakar dengan sambal tempoyak. Huhu. Sedap nak mampos. Burger awal2 lagi dah abih. Skrg makan nasi plak. Huhu. Dasyat tul aku melahap time tu. Pastu relax jap. Minum kopi sambil baca suratkhabar. Pastu tido.

Hari pilihan raya kecil permatang pauh telah tiba. Mak & bapak mertua awal2 pagi lagi dah takda kat umah. Aku plak bangun lewat. Lepas geram tido puas2. Yela, selama ni aku tido kat spital. Tapi 2 malam aku tak tido. Susah nak tido sambil duduk ni. OK la, masa pilihan raya ni kitorg tak gi mana2. Lagipon jalan sure sesak punye. Tapi aku kene gi farmasi nak beli ubat gigi. Masa tu memang tak hengat. Sesak gile dengan orang di kiri kanan jalan menghala ke pekan Penanti walaupon waktu tu hujan renyai2. Masa tu baru aku Nampak betul2 kemeriahan pilihanraya. Sepanjang2 jalan penuh dengan poster dan bendera dan penyokong2 parti kedua2 belah pihak. Huhu.

Wife aku sebenarnye tak bole byk jalan sgt. Maklum la kene pantang. Orang2 tua kata pantang orang yg gugur ni lebih banyak daripada orang yg bersalin normal ni. Sebab tu kitorg byk spend masa kat umah je. Mengurut pon tak bole sekarang. Lepas tempoh tertentu baru bole urut. Pada aku tak salah kalu guna dua2 cara. Cara modern ngan cara kampong. Tapi hari rabu (hari ke-3 aku kat Penang), kitorg plan nak gi Bandar Sunway. Sebab nak bayar bil telephone kat D*G* center. Disebabkan aku selalu call Malaysia guna handphone dari France baru2 ni, so cepat je dah lebih maximum limit. Setel bayar sume, aku plan nak makan rojak buah kegemaran mak aku. Yela, mak aku kan orang penang. Kalu kitorg balik penang, mesti singgah makan rojak buah kat situ. Kuah dier sgt sedap. Cousin aku panggil tempat tu rojak tonggek sebab kite kene celup buah2 yg dicucuk kat lidi tu dalam bekas kuah tu. So kene tonggek sket la sebab takot kene baju. Haha. Macam2. Tapi memang sedap. Ada buah mangga, jambu, jambu air, sengkuang, nenas, dan mcm2 lagi la. Yang paling best ada sotong. Huhu. Memang peberet aku la. Aku tapau je dan plan makan rojak tu kat Mengkuang Dam.

Sampai je kat Mengkuang Dam, hujai renyai2. Adeh, potong stim tol. Tapi kitorg tetap kuar jalan2 duduk tepi tasik tu. Tempat ni mmg cantik. Sangat2 cantik. Tenang dan segar sgt. Sebenarnye tempat ni dikhaskan untuk rekreasi especially jogging la. Masa tu mula la teringat kenangan2 fotografi kat situ. Sebab masa aku kawin dulu, kitorg ada amik gamba kat sini. Gamba tu dah siap tapi foto album tu blom amik lagi kat photographer tu. InsyaAllah balik raya nanti aku ngan wife aku nak pi amik. Tak sabar nak tengok. Hehe. Masa kitorg lepak2 kat Mengkuang Dam tu, tak ramai org dah. Yela, dah nak kol 7 malam. Lagipon hujan renyai2. Ada gak org2 tua jogging kat situ. Sume dah nak balik dah. Aku plak tengah melayan rojak sorg2. Wife aku tak bole makan. Hehehe. Kol 7 malam kitorg balik umah.

Keesokan ari nye (ari khamis), pas makan lunch yang sedap dimasak mak mertua, aku & wife plan nak gi Jusco baru kat Perda tu. Memang best. Besar nak mampos. Ala2 Jusco kat Tebrau tu. Aku ingat kecik je. Masa sampai situ, aku agak terkejut la sebab tengok byk gile kete parking sampai tepi jalan. Semangat tul org penang no. Haha. Pastu aku pusing2 cari parking pastu terus turun kat basement. Banyak plak parking bawah tu. Mungkin orang taktau kot. Hehe. Lepas pusing2 dalam jusco tu, tetiba mak mertua call. Dorg pon nak gi situ jugak. Hehe. Pas jalan2 dalam tu, terjumpa kawan wife aku. Dier dengan husband dier. Sempat la borak2. Beberapa jam pastu, mertua sampai. Pusing2 lagi sampai penat, akhirnye kitorg balik. Sebelum sampai umah, kitorg singgah pasar malam kat area2 umah wife aku tu. Aku tapau popia goreng, apam balik ngan pasembur. Huhu. Layan.

Hari Jumaat, mcm biasa la pi semayang Jumaat. Aku ingat aku kene gi sorg2. Last minute call, bapak mertua aku pon nak pi sekali semayang kat taman tu. Kitorg gi la sekali. Balik semayang jumaat, terus bapak mertua ajak gi Gurney Plaza. Ada camera fair. Hehe. Bapak mertua pon minat jugak photography ni. Memandangkan aku dah ada camera DSLR ni, bapak mertua aku tu nak mintak pandangan aku. Dier pon suka photography jugak tapi blom plan lagi nak beli yang mana. Hehe. Berjam2 jugak la aku spend masa kat Gurney Plaza hall tu kat camera fair. Wife aku ngan mak mertua gi jalan2 tempat lain. Pastu aku call wife aku. Aku nak jalan2 dengan dier plak. Lagipon wife aku soh aku beli baju raya siap2. Hehe. Macam kanak2 plak. Aku beli 2 helai t-shirt je. Malas sebenarnye nak beli baju2 ni sebab almari kat umah aku tu pon dah tak muat. Lagipon nak save duit sket nak beli lens baru. Hehe. InsyaAllah nak amik masa aku balik raya nanti.

Sabtu pagi, kitorg dah siap2 nak bertolak ke KL. Sebelum tu kitorg ke Kulim dulu sebab gi beli ubat2 untuk wife aku kat kedai gamat healin tu. Pas beli macam2 kat farmasi tu, terus kitorg lunch kat area situ. Sedap jugak lauk2 situ. Ala2 kampung. Pastu, bermula la perjalanan ke KL.
Sampai je kat KL, kitorg singgah Midvalley Megamall. Hehe. Sempat lagi tu. Saja pusing2. Pastu sempat la aku beli lagi sehelai baju untuk raya. Hehe. Tak banyak mende sgt nak cite kat Midvalley ni. Pastu, terus balik ke umah parent aku kat Kajang. Relax jap, terus makan malam. Mak aku masak special malam tu. Sedap gile. Ni pon dah buat aku terliur. Huhu. Malam tu byk berborak sambil tengok bola. Liverpool lawan ape ntah. Aku pon tak ingat. Aku plak dah mula pack barang2. Esok dah nak balik Paris (11.30 malam) dan esok jugak la 1st puasa kat Malaysia. Huhu.

No comments: