Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan-23

Alhamdulillah. Hari ni dapat aku tengok wife aku. Thanks kepada Adam kerana sudi meminjam kan 3G port nye itu. Hihi. Aku pon tak paham kenapa wife aku nye 3G tu takleh nak guna. Hmm. Aku pon bukan la pandai sgt bab2 ni. Lantak la. Yang penting hari ni aku sempat la berborak dengan wife aku. Hihi. Tengahari tadi (waktu sini) dier ada anta emel kat aku yg dier nak online arini. So, kol 4 tepat aku dah cabut dari opis. Malas nak tunggu2 lagi kang lajak sampai kol 6 plak. Lagipon keje aku pon almost done. Sok lusa dah bole settle sume. InsyaAllah. Lega sikit aku rasa. Kalu tak asyik dok pikir je pasal keje tu. Hmm.


Tengahari tadi jugak aku ada emel kat membe2 Malaysia aku kat sini. Yela, dorg sume tertanya2 apsal aku senyap je. Sejak aku sampai sini daripada cuti emergency aritu, aku tak penah jumpe dorg. Maksud aku kuar minum sama2, kuar jalan sama2, etc. Yela, kan aku dah ckp, dalam bulan Ramadhan yg mulia ni aku byk abihkan masa dalam bilik je. Maybe dorg sume tak paham kot. Dorg tau aku berposa tapi dorg taktau yg aktiviti2 “riadah” dalam bulan ni agak terhad. Memang penat kalu kuar especially sekarang ni. Aku pon taktau. Tapi cuaca kat sini dah menunjukkan tanda2 nak bermula nye winter. Walaupon sekarang ni musim luruh, tapi suhu kat luar tu sgt2 la sejuk. Pagi tadi aku check website, suhu kat sini 8 degC. Huhu. Mana la tak sejuk. Dah la berangin plak tu. Lagi membuatkan aku kesejukan. Sepatutnye berpuasa dalam kesejukan ni advantage utk org2 yg berpuasa tapi aku rasa lagi letih. Cepat sangat ngantok. Kalau aku bukak pintu balkoni kat bilik aku ni masa nak masak, dalam masa 5 minit je dah rase sejuk sampai ke tulang. Sampai wife aku pon pelik tgk aku pakai baju tebal2 dalam bilik sambil masak. Hihi. Aku terpaksa bukak pintu balkoni tu bagi fresh air masuk. Lagipon ventilation system dalam bilik aku ni tak bape elok sgt. So better aku bukak pintu tu. Sambil2 tu bole aku tgk budak2 main kat taman tu. Memang meriah petang2 kat taman tu. Aku pon pelik tgk budak2 tu main. Tak sejuk ke dorg tu. Hihi. Dalam keadaan sekarang ni, kebarangkalian aku nak mandi pon semakin menurun akhir2 ni. Walaupon ada water heater tapi kesejukan tu tetap membuatkan aku tiru style P.Ramlee je. Hihi. Bila lagi nak “ikut” style omputih kan? Kalu kat Malaysia nak buat style camtu, memang dipandang hina masyarakat setempat la kot. Hmm.

OKla, ni aku nak cite sket pasal plan aku nak berbuka posa dengan membe2 aku tu. Tengahari tadi aku anta la emel kat membe2 aku ni. Aku suggest dinner kat Hard Rock Café. Dorg sume setuju tanpa byk soal. Pastu bila aku nak buat reservation, awek Hard Rock Café tu ckp tak bole reserve kalu kurang daripada 10 orang. Adoih. Hampeh tul. Aku sure mesti ramai gile orang kalu gi waktu malam. Hmm. Tak kisah la. Tu je yang mampu aku buat. Aku plan berbuka dengan membe2 aku ni ari khamis. So, ari jumaat tu bole la aku kemas2 last round & sumbat barang2 aku dalam bilik membe aku tu. Aku arap sume nye OK la. Pening gak kepala bila tgk barang2 ni. Byk sgt. Stok2 makanan yg aku bawak dari Malaysia aritu pon ada byk lagi. Makanan je dah satu kotak besar. Hmm. Takpela. Pandai2 la aku sumbat nanti. Membe aku tu pon tak kisah aku menyemakkan bilik dier. Hihi. Hmm. OK la. Aku mau buat air milo. Best minum air panas bile sejuk2 ni.

No comments: