Daisypath Anniversary Years Ticker

Monday, December 29, 2008

Hari Yang Indah Bermula =D

Alhamdulillah. Tepat jam pukul 7.15am pada hari Jumaat yang lalu, aku telah selamat mendarat di KLIA selepas 12 jam perjalanan. Detik2 manis ini sudah lama aku tunggu2 akhirnya menjadi nyata jugak. Happy sgt aku aritu sampaikan aku tak bole nak tido dalam flight sehinggakan aku sempat tgk 4 movies & main games. Susah betul nak tido dalam flight ni. Dalam kepala mcm2 pikir. Especially pasal aktiviti2 yg aku nak buat bila sampainya aku kat Malaysia nanti.

Setibanya di KLIA, aku terus menuju ke tempat bagasi. Tapi sungguh mendukacitakan sebab kena tunggu sampai 40 minit. Hampeh tul. So terpaksa la aku tunggu dengan hati yg berkobar2. Memandangkan assignment aku dah abih, so aku terpaksa bawak balik sume barang2. Tapi ada jugak barang2 yang aku tinggal kat kawan aku & ada jugak yang aku buang sebab barang byk sgt. Termasuk la barang2 yang dikirim oleh sedara mara & kawan2. Tu belum termasuk hadiah2 yg diberikan oleh kawan2 aku & juga lead aku. Terpaksa la aku beli lagi satu beg. So, kesemua nya ada 4 beg. Selamat la masa aku balik aritu, ada 4 org lagi kawan2 aku pon balik pada tarikh yang sama jugak. So, bole la check-in sume sekali. Alhamdulillah sebab tak lebih muatan.

Sesampainya aku kat umah, petang tu aku kuar dgn wife aku. Jalan2 kat Jalan TAR sebab nak beli barang sket termasuk la hadiah2 untuk kawan2 yang baru kawen. Ari sabtu tu kitorg sume berangkat ke Kluang Johor sebab ada majlis perkahwinan adik kakak ipar aku. Kitorg stay sana satu malam. Memang syiok tul gi Kluang. Di samping dapat gi kenduri dan makan2, tempat yang wajib pegi kat Kluang ni ialah Kluang Station. Tempat asal bermula nya kopi kluang station. Memang layan.

Hari Ahad petang kitorg bertolak ke KL. Keesokan harinya (hari ni) kitorg sume gi Terengganu seperti yang di janjikan. Bertolak dalam pukul 7am pastu sampai Sutra Beach Resort dalam kol 4pm. Memang penat. Jauh jugak. Tapi aku hepi gile sebab tempat ni best & sekarang ni pon aku tgh update blog dalam bilik ni. Wife aku tengah iron baju untuk esok. Hehe. Harini penat main2 air kat swimming pool & pantai. Esok plan nak shopping kat Kuala Terengganu. Hmm. OK la. Nanti aku kasi update lagi. Tunggu!

Sunday, December 21, 2008

Penat daaaaa

Adeh. Penat nye arini. Malam semalam aku dah mula packing sket2. Sebab aku sgt excited nak balik. Hehe. Lagipon aku nak tengok barang2 sume tu muat ke tak nak sumbat dalam beg aku tu. Kalu tak muat terpaksa la aku beli lagi satu beg kat sini. Sekarang ni je aku ada 4 beg. Beg besar yang nak check-in, cabin luggage, beg laptop & beg camera. Selepas beberapa jam aku punggah memunggah barang2 aku tu, akhirnya aku buat kesimpulan bahawa aku kene beli beg lagi satu. Yela, barang2 dari awal tahun dulu sampai la akhir tahun kebanyakan nya aku bawak balik. Especially baju2 dan buku2. Rice cooker, first aid kit & sedikit pakaian “lama” aku terpaksa tinggal kat sini je. Barang2 dapur sume aku nak sedekah kat kawan2 Malaysia aku yang still ada kat sini.

Pagi tadi aku kuar agak awal. Aku kuar dengan 2 org kawan aku kol 7.45 pagi. Memula kitorg gi breakfast dulu kat McD. Pastu kitorg menuju ke bazaar pagi untuk beli souvenir. Masa kitorg sampai situ, kebanyakan sume dah mula bukak kedai. Ada jugak yang still susun2 barang. Aku beli souvenir untuk sedara mara yg aku terlupa nak beli masa aku balik dulu2. So kali ni kene la beli. Pastu kitorg ke Monmarte. Beli lagi. Penat tul jalan2 dari pagi sampai la ke tengahari. Dalam kol 2 petang kitorg balik.

Lepas berehat, aku kuar balik dalam kol 4 petang. Aku gi Hard Rock café sebab ada sorg membe aku dah lama kirim t-shirt. So, aku kene beli jugak. Pastu balik aku singgah shopping mall nak beli beg. Memula aku gi satu kedai ni, ada jugak beg2 yang menarik perhatian tapi sume nye mahal pada aku. Sume nye lebih 100 euro (RM500). Isk isk. Malas aku nak membazir sgt beli beg mahal2. Nanti dicampak2 jugak. So, aku pegi kedai lagi satu. Kebetulan plak time tu tgh sale gile2. Aku terus ke tempat beg, aku ternampak satu beg ni, terkejut gile aku sebab harga dier murah sgt. Kalu kat KL mungkin tak dapat harga camtu. So, terus aku beli. Malas nak survey2 lagi. Dah penat time tu. Pastu aku terus balik. Sebelum tu aku singgah beli kebab dulu untuk makan malam. Masak? Hmm. Sekarang ni aku dah kemas dapur tu so malas la nak masak2 ni. Lagipon penat da.

Dalam kol 8 malam, membe2 aku datang bilik aku. Sebab pagi tu dah plan ajak dorg datang bilik aku. Lepak2 & minum2. Sambil2 tu salah sorg membe aku ni pompuan nak tolong buatkan cucur ikan bilis kat kitorg. So aku pon ok jela. Lagipon stok serbuk cucur tu byk lagi. Bole la nak makan ringan2 malam ni sambil borak2 panjang dengan dorg. Kitorg borak2 sampai la kol 12 malam. Lama gile. Pas kemas2 dapur, aku terus terbaring. Pastu takleh nak tido plak. So aku update la blog ni =)

Saturday, December 20, 2008

Pengumuman!!!!

Huhu. Kat sini aku nak cite sket satu berita yang agak menggemparkan. Berita yang pada aku amat memeranjatkan dan sangat memberikan 1001 kegembiraan kat aku. Peh, ayat cam syial. OK la, sebenar nye semalam ada meeting. Meeting antara “kepala2 besar” projek aku. Termasukla client, JV (joint-venture) & company aku sendiri. Tapi aku tak pegi la meeting tu.

Macam aku cakap kan dulu dalam post aku dulu, krisis ekonomi global yang melanda dewasa ini telah memberi kesan yang amat besar kat banyak company2 especially dalam automotive & manufacturing industries. Dekat UK je nak dekat 2 million org hilang pekerjaan. Bayangkan la dorg yg ada byk experience ni bole hilang keje camtu je, camne la kesan nye kat Asia ek? Tak mustahil penghijrahan besar-besaran org2 europe ni ke asia untuk mencari rezeki akan lebih ketara lepas ni. Kalu kita tengok keadaan kat Malaysia sekarang ni pon, dah ramai sgt org2 luar yang keja & menetap kat Malaysia. Apa yang diorg nampak, Malaysia ni sgt stabil secara politik & ekonomi. Dan paling best sebab kos sara hidup kat Malaysia ni sangat2 rendah pada dorg. Dengan gaji expatriate & tinggal kat Malaysia, memang sgt2 mewah. Aku berani cakap sebab aku sendiri ada member yang kawen ngan orang Europe & dorg sekarang tinggal kat apartment yang sgt mewah kat KL. Sgt ekslusif tempat tu. Bukan nak banding2 tapi itulah hakikatnya. Pada dorg kos sara hidup memang murah tapi bagi kita bergaji kecik ni memang susah nak hidup kat KL. Ada satu survey mengatakan paling kokak kita kene ada atleast rm3k kalu nak hidup kat KL. Bayangkan lah pada mereka yang bergaji rendah, camne nak survive, especially dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni. Hmm. Macam2 boleh berlaku. Tak mustahil krisis ekonomi kali ni merupakan yang terburuk penah berlaku. Mungkin kat Malaysia tak sekecoh macam kat Europe. Aku pon bukan la pandai sgt bab2 ekonomi ni tapi secara logik nya kenapa byk kilang ditutup? Kenapa harga minyak jatuh teruk sgt?

Hmm. Bersedia saja lah. Mungkin korang tak nampak. OK. Biar aku bagi contoh. Bila musim rambutan, harga buah rambutan jatuh. Sebab buah banyak sangat. Kadang2 kita dapat lihat kat tepi jalan, orang2 kampung main longgok2 je. Ada jugak yang biar je buah rambutan tu kat pokok sampai reput. Sebab apa? Sebab time tu rambutan murah. So, bila musim rambutan datang, tuan empunya pokok2 rambutan tu akan rugi sebab jumlah jualan atau keuntungan sgt sikit kalau nak dibandingkan dengan bayar gaji pekerja. So, tuan empunya pokok tu takkan amik pekeja. Logik kan? So, bila harga minyak jatuh teruk atau harga kereta jatuh teruk (kat europe, bole beli 1 kete dapat 1 free sekarang ni, tapi tak semua la), secara tak langsung akan bagi impak maksima kat pekerja. Memang la syok harga murah, tapi kesannya berkait2. Hmm. Tak mustahil satu hari nanti, Petro*nas akan hentikan production minyak kalu kos operasi mahal gile. Hmm. Ntahla. Aku bukan la economy expert atau analyst. Ni hanya fikiran logik aku je. Ape pon, kene selalu beringat bila berbelanja.

OK la. Aku malas nak cite panjang2 pasal situasi ekonomi sekarang ni. Tapi yang pasti, krisis ekonomi ni telah memberikan impak maksima kat projek aku. Secara mudahnya, client projek aku ni takde duit. Nak pinjam kat bank, bank pon takde duit. Nak pinjam kat JV, JV bergantung kat jualan minyak. Harga minyak skrg plak jatuh menjunam (profit sket). So, akhirnya, pagi tadi boss besar projek aku antar official email pasal meeting tu. Client telah buat keputusan untuk delay projek ni. 2010 baru start balik. Dari awal tahun 2009 sampai la 2010, hanya 20% work force diperlukan. Senang cite, hanya 20% daripada jumlah pekerja yang akan stay dalam projek ni. Tapi engineering work sume dah stop. So bayangkan lah hanya 20% daripada jumlah pekerja dari 4 operating centre yang buat projek ni. OK la. Biar aku cite sket. Projek aku ni sgt2 besar. Senang cite, company aku ni bahagi2kan keje tu kat 4 branch. Yang pertama kat Paris. Tempat aku sekarang. Yang kedua kat Lyon. Kat France jugak. Yang ketiga kat St. Petersburgh. Yang keempat kat Chennai, India. Bayangkan hanya 20% je pekerja dari 4 branch ni yang akan stay dalam projek aku ni. Lagi 80% kene join projek lain. Ramai jugak kawan2 aku yang dah berhijrah. Kesimpulannya, aku pon termasuk jugak dalam golongan 80% ni. So, pada tanggal 25 Dec 2008 ni aku akan pulang ke tanah air untuk selama2 nya!!! Takyah extend lagi!!! Yahoooo!!! Happy nye aku!!! Akhirnya!!! Hahaha!!! Dah setahun beb!!! Alhamdulillah. I am going back!!!!!!!!!

Wednesday, December 17, 2008

Kenyang

Errkk. Alhamdulillah. Baru bedal kebab. Adeh, aku rasa tak sihat sgt sekarang ni. Waktu lunch makan agak seimbang la. Bila makan malam mula la merapu. Semalam aku makan 2 biji filet-o-fish. Yang best nye kat area aku ni, kalu aku makan McD & tunjuk ID card opis aku, nanti dapat lagi satu burger. Maknanya sekali aku beli memang dapat dua. So, dengan hati yang terbuka aku makan la dua burger. Hmm. Takot jugak asyik makan mende2 camni je. Tapi tu la, malas nak masak. Kalu masak pon bukan nya makanan yang sihat pon. Hmm. Buat penat je. Semalam pas balik keje, aku & kawan2 aku gi shopping mall. Beli hadiah untuk Christmas ni. Actually, membe aku sorg ni akan buat “rumah terbuka” untuk Christmas ni. So setiap kitorg kene beli satu hadiah. Hadiah tu pulak kene rahsiakan. Sebab nanti hadiah tu akan disembunyikan & sapa yang dapat jumpa so tu hadiah dier la. Hide & seek la. Aku dah beli hadiah tu semalam. Bende budak2 je. Tapi syarat dia, hadiah tu mestila berharga 5 euro ke atas. Hehe. Pengalaman baru untuk aku. Nanti akan aku uploadkan gamba2 tu nanti. Actually byk lagi gamba aktiviti2 aku dengan membe2 aku ni tapi x sempat nak update dalam blog ni. Malas gile.

Hmm. Malam ni aku makan kebab. Actually arini pas balik keje aku gi tengok wayang dengan membe aku. Saja boring2. Ni kali kedua aku tgk wayang kat sini. Dulu aku tengok cite James Bond. Pastu malam ni aku tengok cite “Burn After Reading”. Best jugak cite ni. Tak berat sgt. Kelaka jugak. Bole la. Berbaloi la bayar tiket 10 euro. Hmm. Pas tengok wayang terus aku singgah beli kebab & terus balik bilik. Cuaca time ni sgt sejuk. Takat beku air pada 1 atm. Senang cite 0 degree Celcius la. Kene plak ada angin, hmm sendiri mau ingat la.


Sok dah rabu. Minggu depan khamis aku dah balik bercuti. Yay! Tak sabar nye aku. Hujung minggu ni aku kene jugak kuar beli barang2. Wajib kuar. Actually dah lama jugak aku tak kuar jalan2. Selalu kuar pon gi makan je. Then terus balik. Tak tahan aku cuaca sejuk ni. Hmm. Ok la. Aku nak layan air Nescafe la. Dah lama tak minum. Hmm. Buat air pon malas, ni kan plak nak masak. Hmm. Jgn harap la.

Sunday, December 14, 2008

Hari Yang Malas

Hmm. Aku baru bangun tido. Semalam tido kol 4 pagi. Borak2 dengan wife aku. Pening jugak kepala ni. Dah la kelaparan ni. OK la. Aku nak masak cucur ikan bilis jap.

Boring

Hmm. Boring nye. Wife aku dah tido. Takleh nak chat lama2 dengan dia. Aku ingat nak kuar japgi. Nak beli barang2 sket. Maklum la lagi seminggu lebih aku nak balik bercuti. Hehe. So, nak beli souvenir sket untuk sedara mara & membe2 yg ada pesan barang kat sini. Kebetulan plak ada 3 couple yg bakal mendirikan rumahtangga. So, aku ingat nak beli hadiah kat sini je. Hmm. Tengok la keadaan camne dulu. Lagipon sekarang ni hujan. Gelap gelita kat luar tu. Suhu mungkin akan mencecah -2 degree Celcius. Macam semalam. Naik kebas telinga, muka & tangan aku. Camne la nak pi site kat Russia yang suhu boleh cecah sampai -41 degree Celcius. Isk isk. Tak sanggup aku.

Pagi tadi aku sempat la chat dengan wife aku. Seronok sangat. Dah lama tak chat lama2 camni. Biasala, masing2 busy masa week days. Tak sempat nak borak. Tapi kadang2 ada jugak aku kacau dia pagi2 buta. Hehe. Tu la nama nya pengorbanan kan? Tapi dia memang byk berkorban untuk aku. Sume urusan2 kat Malaysia sume dia handle sendiri. Pagi tadi pas balik keje dia terus gi workshop keta. Dah kena buat maintenance. Pasni kena tukar tayar plak. Sume dah nak botak. Macam kepala aku jugak. Hehe.

Hmm. Kalu hujan tak henti2 jugak, aku malas la nak kuar. Tak tahan sejuk. Basah plak tu, lagi la sejuk. Tapi kalu boleh aku nak settle beli sume barang2 minggu ni. Minggu depan dah malas nak kuar sebab dah nak start packing2 barang. Mungkin aku akan bawak balik barang2 semaksimum yang mungkin. Pastu barang2 yang lain bole tinggal kat bilik membe aku.

Hmm. OK la. Aku nak relax2 jap sambil tgk bola ni. Huhu.

Saturday, December 13, 2008

Go Go GREEN!

Go Go GREEN! Haha. Welcome to my new look blog. I am sure some of you out there will have rolling eyes when reading my blog. Maybe some might say the color is too glittering and too striking. Actually, I have chosen a GREEN as the theme color due to some reasons. As we all know, when our eyes getting tired and irritated with a daily jam-packed office work, we can somehow make it feel better by looking at something in GREEN color. This is logically true because GREEN is the color of nature (trees and grasses) which has a nature-relaxing therapy and is considered to be one of the most healing among all the colors.

Below are some beneficial points of GREEN color that I manage to grab from a color-therapy website in term of physical and psychological point of view. Anyway, I really don’t know scientifically how the color may affect us because some of them may sound funny and too precisely. Hmm.

Physical
- Green is cooling, soothing, and calming both physically and mentally. If you are exhausted, green initially has a beneficial effect, but after a time, it becomes tiring.
- Green acts upon the sympathetic nervous system. It relieves tension in the blood vessels and lowers the blood pressure. It acts upon the nervous system as a sedative and is helpful in sleeplessness, exhaustion, and irritability.
- Green dilates the capillaries and produces a sensation of warmth.
- Green is a muscle and tissue builder.
- Green is an aphrodisiac and a sex tonic.
- Green is a disinfectant, germicide, antiseptic and bacteriocide.

Psychological
- Green awakens greater friendliness, hope, faith, and peace.
- Green is restful and revitalizing to overtaxed mental conditions. It is emotionally soothing.
- Green loosens and equalizes the etheric body.
- Green is the color of energy, youth, growth, inexperience, fertility, hope, and new life.
- Green is the color of envy, jealousy, and superstition.
- Green is an emotional stabilizer and pituitary stimulant.