Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, December 17, 2008

Kenyang

Errkk. Alhamdulillah. Baru bedal kebab. Adeh, aku rasa tak sihat sgt sekarang ni. Waktu lunch makan agak seimbang la. Bila makan malam mula la merapu. Semalam aku makan 2 biji filet-o-fish. Yang best nye kat area aku ni, kalu aku makan McD & tunjuk ID card opis aku, nanti dapat lagi satu burger. Maknanya sekali aku beli memang dapat dua. So, dengan hati yang terbuka aku makan la dua burger. Hmm. Takot jugak asyik makan mende2 camni je. Tapi tu la, malas nak masak. Kalu masak pon bukan nya makanan yang sihat pon. Hmm. Buat penat je. Semalam pas balik keje, aku & kawan2 aku gi shopping mall. Beli hadiah untuk Christmas ni. Actually, membe aku sorg ni akan buat “rumah terbuka” untuk Christmas ni. So setiap kitorg kene beli satu hadiah. Hadiah tu pulak kene rahsiakan. Sebab nanti hadiah tu akan disembunyikan & sapa yang dapat jumpa so tu hadiah dier la. Hide & seek la. Aku dah beli hadiah tu semalam. Bende budak2 je. Tapi syarat dia, hadiah tu mestila berharga 5 euro ke atas. Hehe. Pengalaman baru untuk aku. Nanti akan aku uploadkan gamba2 tu nanti. Actually byk lagi gamba aktiviti2 aku dengan membe2 aku ni tapi x sempat nak update dalam blog ni. Malas gile.

Hmm. Malam ni aku makan kebab. Actually arini pas balik keje aku gi tengok wayang dengan membe aku. Saja boring2. Ni kali kedua aku tgk wayang kat sini. Dulu aku tengok cite James Bond. Pastu malam ni aku tengok cite “Burn After Reading”. Best jugak cite ni. Tak berat sgt. Kelaka jugak. Bole la. Berbaloi la bayar tiket 10 euro. Hmm. Pas tengok wayang terus aku singgah beli kebab & terus balik bilik. Cuaca time ni sgt sejuk. Takat beku air pada 1 atm. Senang cite 0 degree Celcius la. Kene plak ada angin, hmm sendiri mau ingat la.


Sok dah rabu. Minggu depan khamis aku dah balik bercuti. Yay! Tak sabar nye aku. Hujung minggu ni aku kene jugak kuar beli barang2. Wajib kuar. Actually dah lama jugak aku tak kuar jalan2. Selalu kuar pon gi makan je. Then terus balik. Tak tahan aku cuaca sejuk ni. Hmm. Ok la. Aku nak layan air Nescafe la. Dah lama tak minum. Hmm. Buat air pon malas, ni kan plak nak masak. Hmm. Jgn harap la.

No comments: