Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, December 21, 2008

Penat daaaaa

Adeh. Penat nye arini. Malam semalam aku dah mula packing sket2. Sebab aku sgt excited nak balik. Hehe. Lagipon aku nak tengok barang2 sume tu muat ke tak nak sumbat dalam beg aku tu. Kalu tak muat terpaksa la aku beli lagi satu beg kat sini. Sekarang ni je aku ada 4 beg. Beg besar yang nak check-in, cabin luggage, beg laptop & beg camera. Selepas beberapa jam aku punggah memunggah barang2 aku tu, akhirnya aku buat kesimpulan bahawa aku kene beli beg lagi satu. Yela, barang2 dari awal tahun dulu sampai la akhir tahun kebanyakan nya aku bawak balik. Especially baju2 dan buku2. Rice cooker, first aid kit & sedikit pakaian “lama” aku terpaksa tinggal kat sini je. Barang2 dapur sume aku nak sedekah kat kawan2 Malaysia aku yang still ada kat sini.

Pagi tadi aku kuar agak awal. Aku kuar dengan 2 org kawan aku kol 7.45 pagi. Memula kitorg gi breakfast dulu kat McD. Pastu kitorg menuju ke bazaar pagi untuk beli souvenir. Masa kitorg sampai situ, kebanyakan sume dah mula bukak kedai. Ada jugak yang still susun2 barang. Aku beli souvenir untuk sedara mara yg aku terlupa nak beli masa aku balik dulu2. So kali ni kene la beli. Pastu kitorg ke Monmarte. Beli lagi. Penat tul jalan2 dari pagi sampai la ke tengahari. Dalam kol 2 petang kitorg balik.

Lepas berehat, aku kuar balik dalam kol 4 petang. Aku gi Hard Rock café sebab ada sorg membe aku dah lama kirim t-shirt. So, aku kene beli jugak. Pastu balik aku singgah shopping mall nak beli beg. Memula aku gi satu kedai ni, ada jugak beg2 yang menarik perhatian tapi sume nye mahal pada aku. Sume nye lebih 100 euro (RM500). Isk isk. Malas aku nak membazir sgt beli beg mahal2. Nanti dicampak2 jugak. So, aku pegi kedai lagi satu. Kebetulan plak time tu tgh sale gile2. Aku terus ke tempat beg, aku ternampak satu beg ni, terkejut gile aku sebab harga dier murah sgt. Kalu kat KL mungkin tak dapat harga camtu. So, terus aku beli. Malas nak survey2 lagi. Dah penat time tu. Pastu aku terus balik. Sebelum tu aku singgah beli kebab dulu untuk makan malam. Masak? Hmm. Sekarang ni aku dah kemas dapur tu so malas la nak masak2 ni. Lagipon penat da.

Dalam kol 8 malam, membe2 aku datang bilik aku. Sebab pagi tu dah plan ajak dorg datang bilik aku. Lepak2 & minum2. Sambil2 tu salah sorg membe aku ni pompuan nak tolong buatkan cucur ikan bilis kat kitorg. So aku pon ok jela. Lagipon stok serbuk cucur tu byk lagi. Bole la nak makan ringan2 malam ni sambil borak2 panjang dengan dorg. Kitorg borak2 sampai la kol 12 malam. Lama gile. Pas kemas2 dapur, aku terus terbaring. Pastu takleh nak tido plak. So aku update la blog ni =)

No comments: