Wednesday, September 17, 2008
Letih & Penat
Tuesday, September 16, 2008
Sahur yg sedap
2 pagi
Tetiba terjaga
Yela, tadi tertido awal plak masa dok membaca sket2 pasal keja
Milo panas, pisang, donut strawberry, cukup la tu, kang takleh sambung tido plak
OK la, nak sambung tido
There will be a big job to be done today
Salam
Monday, September 15, 2008
Hah?
skrg kol 10.30 malam kat sini
kat Malaysia, dah kol 4.35 pagi bersamaan 15 Ramadhan
Aku kat sini selalu gak layan radio kat Malaysia tu guna online streaming
Yang tak tahan tu, radio dah pasang lagu raya dah
Adoi, ni yang lemah ni
=(
Ramadhan Yang Terindah =D
Tapi kat sini, aku masak cam biasa je. Nothing special. Ari2 makan lauk yg almost the same. Selamat la aku tapau ikan bilis goreng ngan keropok ikan masa balik Malaysia aritu. Nak sedap, kene start masak awal la. Kat sini masa awal2 ramadhan dulu, berbuka lebih kurang jam 8.30 malam. Mmg lambat. So sempat la aku nak masak. Tapi skrg waktu maghrib dah makin lama makin awal. Skrg berbuka lebih kurang kol 8 malam. Sempat la jugak aku nak masak sebab dalam bulan yang mulia ni, aku request kat Manager & Lead aku untuk balik awal sebab aku keje masa lunch hour. Maknanya aku bole balik seawal jam 4 petang kalu aku masuk opis kol 8 pagi. Huhu. Best tul. So takde la aku nak rush2 masak cam arini. Stok2 yang aku bawak dari Malaysia ada byk lagi. Takpe la. Bole simpan utk lepas raya. Hehe.
InsyaAllah aku akan balik raya tahun ni. Aku dah book tiket balik 27 September ni. So sempat la aku berpuasa 3 ari kat Malaysia. Hehe. Tak sabar sgt nak balik. Yela, raya kali ni sgt2 bermakna untuk aku. Raya tahun ni adalah raya pertama aku sebagai seorg suami. Hehe. Dan raya tahun ni jugak kali pertama aku beraya kat umah wife aku. Pasti banyak perbezaan dengan sambutan raya yg lepas. Wife aku pon ada cite serba sikit pasal sambutan raya kat umah dier tu. Dengar cam best je. Tengokla nanti camne ek. Hehe. Minggu lepas aku call parent aku. Sebab nak kompem dengan dorg yg aku balik 27 Sept tu. Pastu dorg cancel nak balik Penang ari Jumaat tu (26 Sept) dengan alasan nak amik aku kat KLIA. Pastu aku soh dorg balik dulu. Aku bagitau yg wife aku akan amik aku kat KLIA ahad pagi tu (28 Sept) dan kitorg akan balik Penang keesokannya. Aku soh dorg balik dulu sebab dorg dok Penang sampai raya ke-3 je. Pastu terus balik KL. Lagipon wife abang aku tak pernah gi Penang. So raya kali ni merupakan 1st visit dier ke Penang. So, kalu dorg tunggu aku sampai, mmg agak lambat la.
InsyaAllah aku sampai KLIA ari ahad kol 6.30 pagi. Sampai je, aku terus balik umah & nak cuci baju. Hehe. Banyak baju2 kotor yang akan aku bawak balik. Pas cuci tu, aku plan nak kuar jalan2 ngan wife aku. Of course kitorg nak pi Jalan Tar. Tempat wajib yg kene pegi kalu nak raya. Aku bukan nak beli apa pon. Baju melayu dah ada. Tu pon pakai baju melayu yg ditempah dan tak dipakai masa majlis kawin aku dulu kat Kajang. Haha. Sebenarnye masa majlis kawin aku kat Kajang, kitorg pakai baju songket yg ditempah kat butik mak andam tu. Kain songket kan panas, so kitorg plan la buat baju lain. Kononnye nak tukar baju la pas majlis. Pakai baju melayu tak panas sangat. Sekali kitorg tak tukar pon. Nak tau apasal? Sebabnye tak larat nak tukar. Haha. Memang penat masa majlis tu. Nak layan tetamu2 yg datang sampai tak larat nak tukar baju. Lagipon leceh nak bukak baju songket tu especially baju wife aku tu. Hehe. So, kitorg pon wat la keputusan pakai baju melayu tu waktu raya. Hehe. OK, plan pegi Jalan Tar tu sebab wife aku nak cari baju kurung. Kebetulan adik aku pon nak ikut kitorg. Dier takmo balik Penang awal2. Hehe. So, dier pon nak cari baju gak kat Jalan Tar. OK la, bole la wife aku ngan adik aku shopping sama2. Aku tolong angkat barang2 je. Hehe. Kalu berkesempatan, aku nak gi survey camera lens kat Pertama tu. Kalu OK, aku nak amik satu. Hehe. Sejak dah kawin ni, aku tak kisah sangat kalu tak beli baju raya ni. Teringat zaman kanak2 dulu. Sume mende nak baru. Pening kepala parent aku kalu nak raya. Hehe. Sekarang ni aku tak kisah. Pakai je baju yang ada. Tapi kalu wife aku belikan, aku OK je. Hehe. Yela, kadang2 org pompuan ni nak baju kaler sama la, design baru la, macam2. Hehe. Aku tak kisah sgt. OK la, tu la serba sikit plan aku ari ahad tu. mungkin kitorg akan melekat kat area Jalan Tar tu sampai berbuka kot. Tapi takde idea plak nak berbuka kat mana. Nanti la pikir balik.
Ari isnin tu kitorg akan balik Penang. Aku arap jalan tak jam la. Kalu jam memang ngantok. Tu yg lemah sket tu. Sebelum tu aku kene gi developer opis lagi sekali untuk setelkan sikit hal pasal umah kitorg tu. Pastu singgah opis aku jap. Amik tiket flight, amik kuih jem tart (dijual & dibuat oleh sorg akak dalam department aku, sgt2 sedap), jumpe Manager aku jap, isi form claims, amik payslips, etc. Dah setel sume, baru start perjalanan ke Penang. Huhu. Sungguh tak sabar.
Bila sampai je Penang, aku akan antar adik aku dulu kat umah makcik aku kat Perai. Parent aku sume tido situ. Termasuk la abang & wife abang aku. Sudah pasti kitorg kene berbuka kat umah makcik aku dulu. Jumpe sume org, borak2, baru bole balik umah wife aku. Hehe. Bile sampai umah wife aku, rest jap, kemas2 apa yg patut. Keesokannya baru operasi mengemas & membeli barang2 untuk ari raya. Biasa la, kalu nak raya mcm2 mende nak kene beli. Wife aku ckp, biasa nya dier kene gi beratur panjang nak beli santan kat pasar sampai berjam2. Huhu. Best tul. Tak sabar nak ada pengalaman raya yg baru ni.
Pastu cam biasa, cam tahun2 lepas, kitorg akan ke Carrefour untuk beli barang2. Sebelum kitorg kawin, aku akan beraya kat Penang jugak. Kat umah makcik aku tu. So, bila aku sampai umah makcik aku tu, wife aku ni akan dtg amik aku gi Carrefour sama2. Hehe. Skrg ni dah kawin mesti lagi best. Mungkin byk mende aku kene tolong. Yela, dier pon takleh wat keje berat2 sgt. Hehe. Mesti happening punye la. Dan yg pasti, aku plan nak buka posa sama2 dengan family aku dgn family wife aku kat luar. Mungkin ari puasa yg last kot. Before ni kitorg pernah buka posa sama2 kat Hotel Sunway kat Bandar Sunway Penang & kat restoran nasi padang. Huhu. Restoran nasi padang tu memang feveret aku la. Lauk2 nye sgt sedap. Mungkin aku akan plan berbuka posa sama2 kat situ. Tgk la camne nanti. Hehe. OK, la. Aku mau sahur la. Memang normal untuk aku sahur awal. Nak bangun awal pagi malas nak mampos. Kalu bangun pon just minum air je. Tak selera nak makan sgt. OK, salam.
Sunday, September 14, 2008
Perjalanan Yang Panjang
OK la, sekarang aku nak cite sket pasal kesinambungan daripada post kat bawah ni. Dalam perjalanan dari JB ke Penang, kitorg singgah kat KL jap. First kitorg pegi opis developer. Nak settle something pasal umah kitorg. Pastu pegi opis aku plak. Sebab nak amik tiket flight balik ke Paris & bayar. Sebenarnye opis aku kat KL ni ada travel agent sendiri. So kalu nak book @ beli tiket flight, just thru dorg je. Sampai je opis, aku terus gi travel agent nye opis. Bayar sume, pastu aku gi jumpe kawan2 jap. Pastu terus sambung perjalanan ke Penang. Masa tu jalan OK. Tak byk keta. Cuaca pon OK. Lega sgt. Sampai kat restoran jejantas Sungai Buloh, kitorg lunch kat situ. Sedap jugak makan kat restoran tu. Aku makan ikan keli sambal ngan tempe goreng. Huhu. Pastu sambung perjalanan. Sampai je kat Penang, satu pengalaman baru telah aku hadapi. Satu suasana meriah pilihanraya kecil permatang pauh yang pada aku satu pilihan raya yg sgt penting untuk DSAI untuk meneruskan perjuangan rakyat. Sedia maklum, permatang pauh mmg kubu kuat DSAI. So, sejak dari highway utara selatan lagi (kat seberang jaya) dah Nampak byk gile poster2 dan bendera2 kedua2 parti. Sebelum kitorg sampai penang, awal2 lagi bapak mertua aku call kitorg soh ikut jalan lain sebab jalan yg selalu kitorg guna tu sgt2 sesak. Rata2 aku tengok semua kenderaan ada tampal poster.
Sampai je kat area umah wife aku tu, aku bebetul kagum dengan semangat penyokong2 kedua2 parti ni. Walaupon cuaca time tu tak berapa bagus, hujan renyai2, tapi dorg selamba je berkempen dalam hujan tu. Kiri kanan jalan penuh dengan jentera2 manusia yg dahagakan undi rakyat. Kedengaran jugak perang mulut antara kedua2 parti di kiri dan kanan jalan. Masing2 mempunyai misi dan impian tersendiri. Memang syok betul. Kelihatan jugak pak pacak (inspector sahab) yang kononnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Masa aku lalu tu, takde kejadian tak diingini berlaku. Sebelum sampai kat umah wife aku tu, kitorg stop kat kedai jap. Mak mertua nak beli barang2 nak masak malam tu. Aku plak amik kesempatan untuk keluar kereta dan tengok2 keadaan sekeliling yg penuh dgn org. Kat area kedai tu ada satu bilik gerakan kerajaan. Aku tengok2 jela. Hehe. Pastu aku ternampak satu gerai jual burger. Time tu aku mmg lapar gile babeng. Terus aku order burger ayam special. Harga satu RM3.50! Gile babeng tul. Aku terkejut gak la. Takkan la sebab harga minyak naik kot. Tapi takpela. Bila melihatkan semangat adik ni berniaga, aku tak byk soal la. Lagipon burger tu sgt sedap. Huhu.
Sampai je kat umah, aku angkat barang2 sume masuk bilik. Pastu terus gi mandi. Baru lega sket. Sejam pastu kitorg makan malam. Agak lewat time tu. Masa tu bapa mertua baru balik. Join kitorg makan sekali. Mak mertua masak ikan terubuk bakar dengan sambal tempoyak. Huhu. Sedap nak mampos. Burger awal2 lagi dah abih. Skrg makan nasi plak. Huhu. Dasyat tul aku melahap time tu. Pastu relax jap. Minum kopi sambil baca suratkhabar. Pastu tido.
Hari pilihan raya kecil permatang pauh telah tiba. Mak & bapak mertua awal2 pagi lagi dah takda kat umah. Aku plak bangun lewat. Lepas geram tido puas2. Yela, selama ni aku tido kat spital. Tapi 2 malam aku tak tido. Susah nak tido sambil duduk ni. OK la, masa pilihan raya ni kitorg tak gi mana2. Lagipon jalan sure sesak punye. Tapi aku kene gi farmasi nak beli ubat gigi. Masa tu memang tak hengat. Sesak gile dengan orang di kiri kanan jalan menghala ke pekan Penanti walaupon waktu tu hujan renyai2. Masa tu baru aku Nampak betul2 kemeriahan pilihanraya. Sepanjang2 jalan penuh dengan poster dan bendera dan penyokong2 parti kedua2 belah pihak. Huhu.
Wife aku sebenarnye tak bole byk jalan sgt. Maklum la kene pantang. Orang2 tua kata pantang orang yg gugur ni lebih banyak daripada orang yg bersalin normal ni. Sebab tu kitorg byk spend masa kat umah je. Mengurut pon tak bole sekarang. Lepas tempoh tertentu baru bole urut. Pada aku tak salah kalu guna dua2 cara. Cara modern ngan cara kampong. Tapi hari rabu (hari ke-3 aku kat Penang), kitorg plan nak gi Bandar Sunway. Sebab nak bayar bil telephone kat D*G* center. Disebabkan aku selalu call Malaysia guna handphone dari France baru2 ni, so cepat je dah lebih maximum limit. Setel bayar sume, aku plan nak makan rojak buah kegemaran mak aku. Yela, mak aku kan orang penang. Kalu kitorg balik penang, mesti singgah makan rojak buah kat situ. Kuah dier sgt sedap. Cousin aku panggil tempat tu rojak tonggek sebab kite kene celup buah2 yg dicucuk kat lidi tu dalam bekas kuah tu. So kene tonggek sket la sebab takot kene baju. Haha. Macam2. Tapi memang sedap. Ada buah mangga, jambu, jambu air, sengkuang, nenas, dan mcm2 lagi la. Yang paling best ada sotong. Huhu. Memang peberet aku la. Aku tapau je dan plan makan rojak tu kat Mengkuang Dam.
Sampai je kat Mengkuang Dam, hujai renyai2. Adeh, potong stim tol. Tapi kitorg tetap kuar jalan2 duduk tepi tasik tu. Tempat ni mmg cantik. Sangat2 cantik. Tenang dan segar sgt. Sebenarnye tempat ni dikhaskan untuk rekreasi especially jogging la. Masa tu mula la teringat kenangan2 fotografi kat situ. Sebab masa aku kawin dulu, kitorg ada amik gamba kat sini. Gamba tu dah siap tapi foto album tu blom amik lagi kat photographer tu. InsyaAllah balik raya nanti aku ngan wife aku nak pi amik. Tak sabar nak tengok. Hehe. Masa kitorg lepak2 kat Mengkuang Dam tu, tak ramai org dah. Yela, dah nak kol 7 malam. Lagipon hujan renyai2. Ada gak org2 tua jogging kat situ. Sume dah nak balik dah. Aku plak tengah melayan rojak sorg2. Wife aku tak bole makan. Hehehe. Kol 7 malam kitorg balik umah.
Keesokan ari nye (ari khamis), pas makan lunch yang sedap dimasak mak mertua, aku & wife plan nak gi Jusco baru kat Perda tu. Memang best. Besar nak mampos. Ala2 Jusco kat Tebrau tu. Aku ingat kecik je. Masa sampai situ, aku agak terkejut la sebab tengok byk gile kete parking sampai tepi jalan. Semangat tul org penang no. Haha. Pastu aku pusing2 cari parking pastu terus turun kat basement. Banyak plak parking bawah tu. Mungkin orang taktau kot. Hehe. Lepas pusing2 dalam jusco tu, tetiba mak mertua call. Dorg pon nak gi situ jugak. Hehe. Pas jalan2 dalam tu, terjumpa kawan wife aku. Dier dengan husband dier. Sempat la borak2. Beberapa jam pastu, mertua sampai. Pusing2 lagi sampai penat, akhirnye kitorg balik. Sebelum sampai umah, kitorg singgah pasar malam kat area2 umah wife aku tu. Aku tapau popia goreng, apam balik ngan pasembur. Huhu. Layan.
Hari Jumaat, mcm biasa la pi semayang Jumaat. Aku ingat aku kene gi sorg2. Last minute call, bapak mertua aku pon nak pi sekali semayang kat taman tu. Kitorg gi la sekali. Balik semayang jumaat, terus bapak mertua ajak gi Gurney Plaza. Ada camera fair. Hehe. Bapak mertua pon minat jugak photography ni. Memandangkan aku dah ada camera DSLR ni, bapak mertua aku tu nak mintak pandangan aku. Dier pon suka photography jugak tapi blom plan lagi nak beli yang mana. Hehe. Berjam2 jugak la aku spend masa kat Gurney Plaza hall tu kat camera fair. Wife aku ngan mak mertua gi jalan2 tempat lain. Pastu aku call wife aku. Aku nak jalan2 dengan dier plak. Lagipon wife aku soh aku beli baju raya siap2. Hehe. Macam kanak2 plak. Aku beli 2 helai t-shirt je. Malas sebenarnye nak beli baju2 ni sebab almari kat umah aku tu pon dah tak muat. Lagipon nak save duit sket nak beli lens baru. Hehe. InsyaAllah nak amik masa aku balik raya nanti.
Sabtu pagi, kitorg dah siap2 nak bertolak ke KL. Sebelum tu kitorg ke Kulim dulu sebab gi beli ubat2 untuk wife aku kat kedai gamat healin tu. Pas beli macam2 kat farmasi tu, terus kitorg lunch kat area situ. Sedap jugak lauk2 situ. Ala2 kampung. Pastu, bermula la perjalanan ke KL.
Sampai je kat KL, kitorg singgah Midvalley Megamall. Hehe. Sempat lagi tu. Saja pusing2. Pastu sempat la aku beli lagi sehelai baju untuk raya. Hehe. Tak banyak mende sgt nak cite kat Midvalley ni. Pastu, terus balik ke umah parent aku kat Kajang. Relax jap, terus makan malam. Mak aku masak special malam tu. Sedap gile. Ni pon dah buat aku terliur. Huhu. Malam tu byk berborak sambil tengok bola. Liverpool lawan ape ntah. Aku pon tak ingat. Aku plak dah mula pack barang2. Esok dah nak balik Paris (11.30 malam) dan esok jugak la 1st puasa kat Malaysia. Huhu.
Ada hikmahnya =)
Masa aku dengar berita tu, aku bebetul sedih dan semestinya lebih sedih & berat untuk wife aku nak handle & terima semua ni. Lebih2 lagi dier sorg kat jb. Dier bagitau aku yg dier kene masuk wad keesokan hari nya. Masa tu aku dah kat luar opis. Kat tepi lift. Aku borak dengan wife aku untuk bagi dier semangat. Lepas tu, aku call parent dier yang kebetulan sangat busy dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Memang riuh masa aku borak dengan bapa mertua aku tu. Akhirnya, aku sampaikan berita tu dan pada masa yang sama jugak, bapa & mak mertua aku tu drive ke jb. Lepas tu, aku call parent aku plak. Tapi mak ayah aku takde umah. Call handphone, takde org angkat. Pastu aku call abang aku. Akhirnya, dapat. Sampaikan berita ni kat dia, pastu aku soh mak & ayah aku gi jb tengokkan wife aku tu. Pas borak dengan abang aku, aku terus masuk opis. Mmg aku takleh nak buat keje time tu. Sedih & sgt terkejut dengan dugaan yg tak seberapa ni.
Lepas pikir byk kali, akhirnya aku buat keputusan utk balik ke Malaysia. Kebetulan pulak time tu peak season. Tiket mungkin takde. Kalu ade pon mesti dengan rate yg gile babeng mahal. Aku takda pilihan. Memula aku pikir nak beli tiket kat travel desk kat opis aku tu. Senang sket. Takyah aku nak gi Paris cari airlines opis. Pastu, aku baru teringat yg travel desk tu hanya buka lepas kol 2 petang. Agak lewat pada aku. Aku plak jenis takleh nak sabar. Pastu terus aku kuar opis menuju ke MAS opis kat Paris. Before tu sempat gak aku tgk kat google maps pasal lokasi baru MAS opis ni. Disebabkan tergesa2 aku tak print map tu. Tapi aku dah call MAS officer tu. Dia bagitau lokasi & alamat opis baru MAS tu. Aku ingat station mana nak berenti. Sampai situ aku mula pening. Tak jumpa. Masa tengah tercari2 tu, tetiba wife aku call. Dia kata takyah susah2 balik. Aku tau dia mmg camtu. Tak suka nyusahkan orang. Tapi aku yg buat keputusan nak balik. Pastu wife aku suggest naik Singapore Airlines. Dekat sket ngan jb. Lagipon, abang aku sms aku, dia bagitau yg mak & ayah aku sume (termasuk abg, adik n wife abg aku) nak pegi jb malam tu jugak. So takde sapa nak amik aku kat KLIA. Then, aku terus cancel plan naik MAS. Aku call wife aku soh search Singapore Airlines opis kat Paris ni. Pastu dier sms aku. Dari alamat tu, aku cari sendiri.
Alhamdulillah. Aku jumpa. Sampai je kat sana aku terus beli tiket. Memula aku plan nak beli two-way tiket. Pastu pikir2 balik, aku pon tak kompem nak balik bile, so aku beli one-way je. Dah booking sume, masa nak bayar, aku terlupa bawak cash. Ya Allah. Ada cash tapi tak cukup. Nak guna credit card, tak bole plak. Aku pon taktau nape. Time tu aku mmg nak mengamuk je. Pastu Singapore Airlines tu bagitau, aku kene book tiket tu before kol 3 petang kalu aku amik flight malam tu. Aku mmg plan nak naik flight malam tu jugak. Sebab wife aku masok wad esok. Pastu, aku terus balik bilik aku amik duit & datang balik ke Singapore Airlines opis tu. Akhirnye, berjaya jugak beli. Pastu, aku rush balik ke opis. Setel sume keje yg perlu utk minggu tu. Antar emel kat lead & manager aku yg aku amik emergency leave.
Pastu dalam kol 4 petang aku terus blah. Sampai bilik, packing serba sikit, mandi, terus aku kuar. Flight kol 10 malam. Tapi kene check-in kol 7 malam. Awal gile. Disebabkan faktor kewangan, aku naik train je ke airport. Amik masa 1 jam jugak la. Sampai airport, check-in sume, aku gi makan mcd. Lapa nak mampos time tu sbb tak makan sejak pagi. Kol 10 malam, flight berlepas. Kol 4.30 petang waktu Malasyia keesokannya, aku sampai Changi Airport, Singapore. Seperti yg dirancang, ada org akan amik aku kat airport tu & bawak aku terus ke hospital. Traffic kat woodlands cam biasa la. Cam haram. Ramai gile makhluk. Nak dekat sejam jugak la dari airport ke jb.
Sampai je hospital, aku dah nampak family aku tunggu. Termasuk mak & bapak mertua aku & mak bapak kak suhana (wife abang aku). Pastu aku terus gi masuk wad sebab waktu melawat sampai kol 7 malam je. Sampai je kat wad, aku tgk wife aku pakai baju hijau yg pesakit pakai dalam hospital tu. Aku happy sebab dapat jumpe wife aku time tu. Dier kata doctor blom check lagi. Sok baru buat 1st treatment tu. Dipendekkan cite, lepas beberapa treatment, akhirnye baby tu selamat dikeluarkan.


Akhirnye, ari Ahad petang, wife aku bole kuar spital & keesokannye jugak, aku bersama mak mertua aku bawak balik wife aku. Aku kene drive from jb to penang. Non-stop. Bapak mertua aku dah balik penang awal lagi naik flight. Maklum la busy dengan pilihan raya. Mak bapak aku plak dah balik masa ari ketiga kat jb. Dorg balik naik bus je. Sempat la aku anta diorg kat Larkin. Abang aku, adik aku, kak suhana & parent kak suhana dah balik masa hari aku sampai hospital tu. Ari rabu. Ape pon, terimakasih & tahniah kepada kakitangan hospital sulatanah aminah yang memahami & bertimbangrasa. Walaupon dah lebih 5 kali aku kene halau ngan mak guard tu. Hehe. Yela, dah nama pon wad org bersalin. Sume pompuan. Huhuhu. Kitorg bertolak dari jb agak awal pagi. Jalan time tu clear. Takde masalah. Ngantok jugak la masa drive tu sbb aku sorg2 je yg terbeliak biji mata. Wife aku & mak mertua tido. Hehehe. Alhamdulillah, sume nye ok. Dalam kol 9 malam sampai umah dier. Masa dah nak sampai penang, bapak mertua call, soh ikut jalan lain sebab skrg ni tgh sesak dgn org. Maklumla demam pilihanraya permatang pauh. Memang area umah wife aku pon. Huhu. suasananya sgt meriah. Kelaka pon ada gak biler tgk mcm2 gelagat penyokong kat kiri kanan jalan. Masing2 perang mulut. Lawak gile. Haha. Hmm. Ni la serba sikit diari aku last 3 weeks. Nanti aku update lagi. Mau sahur la.






