Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, November 30, 2008

Kesedapan hingga menjilat ibu jari

Syukur Alhamdulillah. Lega aku dapat makan nasi arini hasil masakan aku sendiri. Tak sangka plak nasi goreng cina aku tu sedap gile. Macam makan kat restoran plak. Serius aku tak tipu. Sebenarnya aku takde idea nak masak arini. Sebab dalam freezer tu ada daging je. Stok2 ikan bilis goreng yang ditapaukan mak aku tu ada lagi. Pastu aku belek2 la plastic beg yang penuh dgn stok perencah2 yang aku beli masa balik Malaysia aritu. Stok byk lagi. Antara perencah2 dalam simpanan aku skrg ayam masak merah, ayam masak madu, rendang ayam, daging masak lada hitam dan macam2 lagi la. Awal2 dulu je aku semangat masak sume tu. Especially masa bulan Ramadhan dulu. Masa tu siang lebih panjang daripada malam. Waktu berbuka pon 8.30 malam. So, aku ada byk masa la nak masak sume tu. Tapi sekarang aku bebetul malas tahap gaban. Kadang2 sanggup tak makan sebab malas nak masak. Selamat la ada jugak makanan ringan dalam bilik aku ni. Aku sebat je. Tambahan pulak sekarang ni waktu malam lagi panjang daripada malam. Tu yg rase nak tido je. Berbalik pada cerita nasi goreng aku tu, masa aku belek2 plastic beg tu, tetiba terjumpa plak perencah nasi goreng cina. Sebelum2 ni aku masak nasi goreng style aku je. Boleh tahan sedap jugak la. Tapi kali ni lagi2 sedap sebab aku guna perencah tu. Masa aku masak tu, wife aku borak2 la dgn aku sambil tgk aku masak. Perencah tu sebenarnye untuk 2 sajian tapi memandangkan aku ni jenis makan memang untuk 2 sajian, so sekali masak memang guna satu paket perencah tu la. Tu yang aku lega sgt sekarang ni. Kene plak cuaca sekarang ni sejuk2 je. Kat luar pon gelap. Lagi la kelegaan aku tu sgt2 nikmat. Masa aku makan nasi goreng aku tu, aku tunjuk la kat wife aku sampaikan dier pon boleh rase lapar dan terus kuar gi beli nasi kat restoran berdekatan umah dier tu. Betapa sedapnye nasi goreng hasil masakan aku ni. Tapi dier agak terkejut melihat nasi dalam pinggan aku tu seolah-olah aku makan dalam pinggan nasi tambah. Aku mcm biasa memberi alasan bahawa ni sume untuk stok 1 ari. So malam ni aku makan ringan2 je. Roti ke. Cucur ikan bilis ke. Ni aku belum cerita pasal cucur ikan bilis yang aku buat lagi. Hmm. Nanti la aku kasi cerita. Arini aku cerita nasi goreng cina je sebab sedap sgt. Isk isk. Hmm. Mana wife aku ni tak balik2 lagi ni.

1 comment:

Ibu Ariessa said...

memang menarik pun nasi goreng dia..konon2 i xnak mkn nasi malam last2 terliuq punya pasal trus kuar p makan nasi goreng..hikhik.nanti balik boleh tunjuk skill la no..huhu