Daisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, October 8, 2008

Syoknya Raya!

Alhamdulillah. Arini dah 8 Syawal. Cepat betul aku rasa. Aku sekarang kat JB. Teman wife aku kat sini sebab dier keja. Aku sampai sini Isnin lepas dari Kajang. OK la, biar aku cite sikit pasal pengalaman dan memori2 raya baru2 ni. Huhu. Aku akan cite mula dari perjalanan aku dari KL ke Penang sampai la aku kat JB ni. Layan…

Kalu korang ada baca post sebelum ni, aku ada cite pasal gi Jalan TAR sume tu. So, aku tanak la cite kat sini. OK, aku bertolak ke Penang ari Isnin bersamaan 29 September 2008. Kitorg (Aku, wife aku & adik aku) bertolak dari Kajang agak lewat. Lebih kurang kol 9 pagi kot. Seperti yang dirancang, kitorg pegi opis aku dulu sebab aku nak collect return air ticket, nak buat claims, nak amik payslips, nak amik kuih jem tart yang dijual oleh sorg akak dalam department aku & jumpa manager aku. Masa aku sampai opis tu memang tak ramai org. Sempat la jumpe 2-3 org membe aku budak KL yang tak balik kampong. Lepas settle sume mende, kitorg lagi sekali ke Jalan TAR sebab terlupa nak beli barang pesanan mak mertua aritu. Lepas tu baru kitorg bertolak ke Penang. Masa tu lebih kurang 12 tengahari.

Sungguh mengejutkan masa tu sebab highway kosong. Tak banyak keta. Lebih kurang 4 jam perjalanan kitorg dah sampai Penang. Pastu aku call parent aku sebab nak pastikan dorg ada kat umah makcik aku ke tak. Biasa nya dorg akan keluar berjalan. Yela, jarang balik Penang. Lagipon sekarang byk shopping mall baru kat Penang ni. Bila aku call, ayah aku cakap dorg kat Penang (kat pulau) dan dorg stuck dalam traffic jam kat jambatan. Aku plan nak jumpe dorg kat JJ baru kat Bandar Perda. Lagipon aku nak bali barang sket. Dalam kol 5.30 petang dorg sampai. Lepas jalan2 dgn dorg, kitorg terus ke umah makcik aku kat Prai sebab nak anta adik aku ni. Lagipon dah plan nak berbuka posa kat situ. Family aku sume tido kat situ. Sampai je kat umah makcik aku tu, macam biasa penuh dengan anak beranak dier. Mak aku & dua cousins aku biasanya akan anyam ketupat kat halaman rumah. Memang tiap2 tahun dorg buat. Pastu mak aku akan masak “sambal goreng”. Tak salah aku masakan Johor ni. Ada tempe, kacang panjang, udang, etc. Sedap gile. Lepas berborak2 kat halaman tu, juadah berbuka puasa pon sampai yg dibeli kat Penang. Apa lagi kalu bukan nasi kandar kan? Hihi. Memang sedap gile babeng. Lauk daging ngan telur rebus je tapi aku sebat 2 bungkus. Memang aku lepas geram time tu. Yela, dah lama tak makan. Dalam kol 8 malam aku ngan wife aku sambung perjalanan pulang ke umah mertua plak.

Sampai je kat umah mertua, aku tengok mak mertua dok buat kek. Bau pon sedap. Hihi. Malam tu aku tido awal. Tak sempat nak kemas apa2. Keesokannya aku bangun agak lambat. Mungkin sebab penat sgt berjalan kat Jalan TAR, drive balik KL ke Penang & jet lag yang tak hilang lagi. Puas tul aku tido time tu. Memandangkan sume barang2 keperluan sume dah dibeli mertua so kitorg takde apa sgt nak buat. Wife aku plak sibuk nak kemas2 bilik & umah. Aku pon tolong la sket2. Hihi. Petang tu kitorg kuar gi Sunway Carnival. Shopping mall kat Bandar Sunway tu. Wife aku nak beli barang sket. Masa tengah leka dalam satu kedai tu, tetiba aku ternampak family aku pon ada gak dalam tu. Haha. Lepas dah beli sume barang, aku & wife aku pon beredar la. Sebelum balik, kitorg singgah param kat seberang jaya. Nak beli kuih feveret aku – popia & agar2. Dulu kalu beraya kat Penang, mmg aku ngan family akan ke param ni. Memang happening. Macam2 ada. Tapi masa aku pegi tu, dah tak byk gerai yg beroperasi. Yela, sok kan dah nak raya. Aku beli kuih serabai (1st time aku dengar nama kuih ni), roti jala & ayam percik. Tengah aku tunggu kuih serabai dimasak, sekali lagi aku ternampak family aku. Haha. Dah macam dirancang je. Tapi mcm aku type tadi, memang tiap2 kali beraya kat Penang ni, kitorg memang akan singgah ke param ni so dah macam satu kemestian la.

Esok raya! Malam tu wife aku agak busy iron baju aku, abah dier & adik2 dier. Maklum la, sok pagi nak pi semayang raya. Memula wife aku plan nak pegi semayang raya sekali, oleh sebab2 tertentu (lu pikir la sendiri) dier takleh gi semayang. So, pagi tu aku pegi la semayang raya kat masjid dalam taman umah dier tu. Masjid yang menjadi saksi detik2 aku dan wife aku disatukan. Cewah. Aku pegi masjid tu dgn bapak mertua & mak mertua. Adik2 ipar sume lambat bangun (aku bgn awal sebab excited) so dorg pegi sendiri. Lagipon dekat je.

Selesai je solat & khutbah, kitorg gi ziarah kubur mak kepada bapak mertua aku. Aku panggil arwah “tok”. Al-Fatihah. Lepas tu, kitorg balik umah dan bermulalah proses2 menambah berat badan. Kat belah2 utara ni memang normal kalu makan nasi berlauk di pagi hari. Setakat makan nasi kandar pagi2 tu apa la sgt kan. Dah biasa. Tapi pagi tu di rumah mertua, kitorg makan nasi carrot berlauk kan rendang daging, ayam masak merah, ikan masin goreng, ketupat daun palas, kuih muih, etc. Memang best sampaikan aku terlupa nak amik gamba makanan yg sedap2 tu.

Lepas makan, sesi memohon ampun dan maaf dimulakan. Sedih dan terharu jugak masa tu. Lepas tu sesi bergambar dimulakan. Hihi. Ni yg best ni. Mcm2 gamba aku amik. Memang kene amik gamba awal2 sebab nanti orang datang tak sempat plak nak berposing. Aku dah upload sket gamba2 tu kat bawah post ni. Tema aku & wife aku tahun ni pink. Hihi. Ceria gile. Memula segan jugak nak gi semayang pakai baju tu. Kang mencapab (mencapab = mencari publisiti) plak. Selepas dipaksa & diberi semangat baru la aku OK sket. Selamat ramai jugak yang lagi mencapab daripada aku kat masjid tu. Haha. Aku ni memang jenis pemalu kambing sket. Tak suke menonjol. Hmm.

Family aku datang tengahari tu. Seronok sangat dapat kumpul ramai2 camni. Aku plan nanti nak sewa banglo kat tepi pantai area2 batu feringgi tu mcm tahun lepas (masa aku kawin) untuk family gathering. So bole buat mcm2 aktiviti mcm BBQ, pancing, mandi laut, etc. Memang best. Pape pon kene tunggu job assignment aku abih dulu la. Macam2 plan ada dalam kepala aku ni. Memang seharian aku pakai baju melayu ni sampai la ke petang. Lepas family aku balik, jiran2 plak yg datang. Aku plak tak ke mana2 sebab nak layan tetamu yang datang tapi malam tu aku gi open house umah cousin aku. Mcm tahun2 lepas, dier memang buat lain daripada yang lain. Disebabkan cousin aku ngan hubby dier dulu sama2 belaja kat UK, so byk jugak la western food yg dorg pandai masak. Tahun ni dorg masak burger ala2 mcm restoran chilli’s tu. Huhu. Memang layan. Lepas makan, aku gi melayan budak2 main mercun. Banyak jugak stok cousin aku beli. Best gile.

Raya kedua aku still tak gi mana2 sebab ramai adik beradik mertua datang umah. So masa ni la aku nak kenal lagi rapat dengan dorg. Lagipon masa aku agak terhad nak jumpa dorg personally kat umah dorg. Tapi last time aku dah melawat sume umah sedara mara lepas aku kawin tu. Dari pagi ke petang memang org dtg non-stop. Petang tu, bapak mertua aku ajak gi kedai camera sebab dier dah order satu DSLR. Huhu. Layan. Sama kepala ngan aku. Actually, bapak mertua aku ni memang dari dulu minat fotografi. Camera dulu2 yang besar gaban tu pon dier ada tapi guna film la. Zaman sekarang dah lain. Sume digital. Sampai je kat kedai tu, taukey tu (kawan lama bapak mertua aku) terus amik satu kotak Nikon D90. Huhu. Gile ar. Terliur aku tengok. DSLR ni baru je kuar beberapa minggu. Stok pon tak banyak. Balik je umah, aku try la sket2 & tunjuk la serba sket operation camera tu kat bapak mertua aku tu. Dalam kol 8 malam, aku gi open house umah cousin aku yg lagi satu. Kat umah dier aku tak makan apa. Just minum je sebab kenyang sgt. Sebabnye before gi umah dier, aku dah melantak nasi kandar lauk ayam & telur sotong. Memang feveret aku la. Huhu.

Raya ketiga family aku sume dah nak balik KL. Abang aku plak direct ke Kluang beraya umah mertua dier plak. Pagi tu kitorg sume bekpes kat Nashmir. Aku makan roti telur bawang je. Lepas tu family aku pon berangkat, aku plak ke Penang (belah pulau) nak luangkan masa ngan wife aku. Hihi. Memula gi Chow Rastar market (tempat yang femes jual buah pala, etc) nak beli something utk akak ipar aku. Pastu kat situ gi makan takua rendang (cucur udang + tauhu goreng + sos). Tempat ni antara tempat wajib aku pegi la. Ayah aku suke sgt makan mende ni sejak dier keje kat Penang lagi. Tapi memang sedap. Pastu kitorg gi pantai Batu Feringgi. Saje jalan2 kat tepi pantai dan ingat balik kenangan2 dulu masa bercinta dulu. Hihi. Jiwang la plak. Pastu aku terus balik umah sebab mak mertua call ada sedara nak datang. Pak long aku. Bila sampai kat umah, dorg tak sampai lagi sampai la ke Maghrib. So petang tu, sambil menunggu Pak Long datang, bapak mertua aku ajak jalan2 kat area taman ni. Actually, kat belakang taman umah ni ada sungai. So, memang ramai jugak la pemancing2 yang melekat kat situ walaupon dalam musim raya ni.

Raya keempat kitorg sume ke Perlis. Kampung bapak mertua aku. Dalam perjalanan ke Perlis tu, kitorg ada singgah umah cousin mak mertua aku. Pastu, kitorg plan nak breakfast kat Kepala Batas. Masa tu ramai jugak polis sebab aritu Pak Lah buat open house kat Dewan Milenium Kepala Batas. Pagi tu aku makan agak banyak. Mungkin disebabkan aku dah mengosongkan perut aku awal pagi tu. Aku makan satu roti telur bawang dan satu setengah roti kosong. Huhu. Aku tertanya2 gak, ni makan ke telan? Hmm. Lantak la. Aku kan jarang makan sedap2 camni. Huhu. Tapi memang sedap makan kat situ sebab kuah dier sedap. Pastu makan dengan telur sotong lagi. Fuhh. Sumpah sedap. Sampai kat Perlis, kitorg terus ke umah “Wa”, akak bapak mertua aku. Masa tu dier sorg je kat umah sebab yg lain dah gi umah Kak Riena (Anak Wa) sebab ada buat BBQ kat situ. So, jumpe la sume sedara mara kat situ. Memang happening. Tak sempat plak aku nak amik gamba. Yela, ramai sgt org pastu sume tengah sibuk berBBQ takkan la aku nak tengok je kan? Huhu. So, lepak la kat belakang umah dengan yg lain2 membakar apa yg bole dibakar. Layan. Ada terubuk bakar, sotong bakar, ayam bakar, daging bakar, kerang bakar, lala goreng, ulam2, etc. Memang best gile. Memandangkan aku dah makan tak hengat pagi tadi, so aku makan sket jela time tu. Isk, rugi gile. Lepas tu, kitorg singgah kat Tasik Melati yang bersebelahan ngan umah Kak Riena tu. Memang cantik tempat ni. Tak sangka plak aku yang Perlis ni ada tempat camni. Lepas tu, kitorg singgah kat umah kawan bapak mertua aku yang berdekatan ngan bendang. Cantik gile pemandangan kat sini. Akhir sekali kitorg gi umah sedara mara kat Chuping plak. Lepas Maghrib baru la balik ke Penang.

Raya kelima, aku & wife aku balik ke Kajang. Umah parent aku. Perjalanan sungguh memenatkan sebab highway sgt2 sesak! Tension gile aku. Biasa nya Penang ke KL lebih kurang 4-5 jam je tapi kali ni 8 jam! Huhu. Nak berenti kat R&R pon susah sebab penuh dengan org. Parking sampai kat tepi jalan. Tapi aku terpaksa jugak berenti kat R&R Tapah sebab letih & lapar. Stesen2 radio announce jangan berenti kat Tapah tapi aku degil jugak. Letih punye pasal. Tapi memang ramai gile org la. Nak parking pon susah. Pastu kitorg sambung perjalanan dan Alhamdulillah, kol 8 malam sampai Kajang. Malam tu makan special sebab umah aku buat open house. Mak aku masak nasik minyak, ayam masak merah, ayam masak marhabi (ntah betul ke tak nama ni, aku tak ingat) & daging ros. Aku bantai 2 pinggan. Pas kenyang, lepak2 kejap, angkat barang akhirnye aku tido dalam kepenatan.

Raya keenam, aku & wife aku balik ke JB sebab wife aku keje keesokan ari nye. Adik aku pon follow gak sebab nak drop dier kat Melaka. Dier belaja situ. Pagi tu aku kuar awal sket dengan wife aku nak pi setel pasal umah & jumpe lawyer. Pastu balik umah, makan tengahari terus kuar. Sebelum tu singgah klinik dulu sebab adik aku nak amik MC. Hampeh tul. Dier tuang kelas aritu. Lepas tu kitorg pon terus berangkat tapi kitorg singgah Pertama Complex jap sebab aku nak beli barang sket. Hihi. Seperti yg dirancang, aku nak beli camera lens baru. Hihi. Alhamdulillah. Mantap!

Raya ketujuh, wife aku keje. Aku lepak umah dier sorg2. Aku bangun agak awal masa dier tengah siap2 nak gi keja. Pastu aku mandi & gi bekpes kat mamak berdekatan. Kebetulan plak mamak tu ader wi-fi so bole la aku online kejap. 3G port Cel*** wife aku tu masih tak bole guna. Aku pon tak paham kenapa. So terpaksa la aku online kat mamak tu jap. Nak check email apa yang patut. Pastu aku gi gunting rambut kat Setia Indah. Best plak gunting kat sini sebab nye mamak tu siap urut2 kepala lagi. Layan. Tengahari tu dalam kol 1.30 aku kuar ke City Square (CS) di mana wife aku bekerja. Teringat zaman2 belaja dulu, CS ni la tempat dating nak tgk wayang. Hihi. Sampai je kat CS, aku pon pusing2 la sampai la kol 6 petang. Wife aku baru abih keje. Huhu. Lama jugak la aku pusing. Tengahari tu aku makan kat CS. Kat restoran Sarabat. Tak salah aku dulu tempat ni restoran Hameed. So, tak kisah la. Restoran baru ni agak ekslusif la kalu nak dibandingkan dengan restoran yg dulu. Interior design pon mantap. Aku makan nasi goreng ngan teh tarik. Sume nye RM9.90! Huhu. Kol 6 petang, wife aku dah kuar. Lepas gi bank, kitorg terus gi makan malam kat kampong seputih. Area pasir gudang dekat2 titan chemical. Ni 1st time kitorg datang makan kat sini. Thanks to Ija (Housemate wife aku) yang rekemen tempat ni & guide kitorg sampai tempat ni. Makanan ber ala kan ketam memang layan. Terkejut jugak masa tengok ketam tu sebab besar2. Pas makan, kitorg terus balik.
Post ni akan disambung...tunggu....

No comments: