Daisypath Anniversary Years Ticker

Sunday, June 8, 2008

Khasiat Kurma Ketika Hamil

Sabda Rasulullah s.a.w
'Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.'

Kebaikan memakan kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika diamalkan kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.'
Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya).'

Abu Abdillah a.s. bersabda:
'Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.'

Abu Abdillah a.s. bersabda:
'Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan.'

Imam Ja'far Ash-Shadiq a..s. bersabda:
'Barang siapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati.'

No comments: